fbpx
Now Reading
Wanita Trauma Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Mandi Rumah Sewa Campur Jantina [Video]

Wanita Trauma Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Mandi Rumah Sewa Campur Jantina [Video]

Pelaku yang meletakkan kamera tersembunyi itu akhirnya ditemui dan telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, kemajuan teknologi pada masa kini sememangnya memberi kesan positif kepada manusia khususnya apabila ia digunakan untuk sesuatu perkara yang bermanfaat.

Namun, ada pula yang menggunakan teknologi untuk memuaskan nafsu mereka sekali gus menganggu privasi dan keselamatan orang lain seperti meletakkan ‘hidden camera’ di kawasan tersorok.

Meskipun fungsi asalnya ialah untuk memerhatikan sesuatu kawasan secara tersembunyi dari anasir yang tidak baik, penggunaan peranti ini bagaimanapun disalah gunakan oleh segelintir individu untuk merakam gambar atau video yang tidak senonoh tanpa pengetahuan empunya badan.

Wanita trauma, jumpa kamera tersembunyi dalam bilik air rumah sewa campur

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita trauma selepas menemui kamera tersembunyi di dalam tandas sebuah rumah sewa campur lelaki dan perempuan di kecamatan Batu Aji, Batam, Indonesia.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rey.tt, ‘hidden camera’ itu ditemui wanita berkenaan di dalam sebuah besen berwarna hitam yang dipenuhi pakaian.

Wanita itu menyedari terdapat sesuatu lubang pelik di bekas berkenaan sebelum memeriksa dan mendapati lubang terbabit digunakan untuk meletakkan kamera tersebut.

@rey.tty

Tiktok do your magic .. netizen pls kaasih tau aku ini kamera jenis apaa😭😭😭 #kameratersembunyi #batamnews #fyp

♬ original sound – Rey Caa – Rey Caa

Jumpa satu lagi bekas ditebuk lubang dalam bilik sewa lelaki

Dalam satu lagi video berasingan, wanita terbabit kemudiannya membuat aduan kepada tuan rumah dan meminta keizinan untuk mengeledah setiap bilik untuk mencari siapakah pelakunya yang menyembunyikan kamera itu.

Semasa melakukan pemeriksaan bersama beberapa penghuni rumah sewa yang lain, dia telah menemui satu lagi bekas yang turut ditebuk lubang di dalam sebuah bilik penyewa lelaki.

@rey.tty

Replying to @Ratih Liu ini ember ke 2 yg aku temuin setelah geledah semua kamar kos , ember yg besar hitam tadi udah langsung hilang dalam waktu 2 menit .. dan udah ku cek kesemua kamar ga ada , tapi aku nemuin ember ini di salah satu kamar kos , dan llubangnya pas sama kameranya 😭 aku lagi proses di kantor polisi , makasih semua netizen yg udah komen , aku slow respon karna masih BAP dikantor polisi Note : geledah kamar kos udah seizin bapak pemilik kos di saksiin seemua penghuni kos , kecuali pemilik kammar ini yg udah pergi duluan

♬ original sound – Rey Caa – Rey Caa

“Aku baru sewa dua bulan terus jadi macam ini. Betul-betul susah cari rumah-rumah sewa di sini, aku berniat menyewa di tempat ini untuk sementara sahaja sebab susah sangat cari yang lain, sebab itu menyewa di rumah sewa campur (jantina) dulu buat sementara waktu,” katanya.

@rey.tty

Replying to @destiny 🪄 info kos area batu aji , batam dong guys 😭😭 aku baru ngekos 2 bulan langsung dapet apesnya 😭😭 bener2 susah cari kos2 an disini , aku ngekos di tempat ini untuk sementara aja niatnya karna susah bgt cari yg lain , makannya ngekos di kos campur dulu sementara, ga expect bakalan dapet kejadian ini 😭 #infokosbatam

♬ original sound – Rey Caa – Rey Caa

Pelaku akhirnya mengaku, dakwa belum sempat sambung kamera ke telefon

Lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dia mengakui bahawa kamera itu adalah miliknya.

Dakwa lelaki itu, kamera terbabit baru sahaja diletaknya dan masih belum sempat menyambungkannya ke telefon bimbit.

Pemeriksaan awal pihak polis juga mendapati masih tiada video yang sempat dimasukkan ke dalam telefon pelaku.

@rey.tty

Replying to @Mba Dyah 🪂 Pelakunya udah diamanin polisi ya temen2, makasih bantuan dan supportnya .. so far belum ada bukti video yg ditemukan .. Pengakuan pelaku kameranya baru bgt di pasang dan belum sempet di connecting ke hp atau pun laptop.. keburu udah ketauan sama aku kameranya.. udah di cek di aplikasinya emang belum ada satu pun video .. jadi menurut kalian , kalo sampe besok polisi ga nemuin bukti video , mau aku tuntut atau damai ?? Kalo di perpanjang kasusnya masuk ke undang2 percobaan p*rn*grafi bukan p*rn*grafi .. Please netizen yg paham tolong kasih saran aku di DM , atau ada yg pengalaman serupa please let me know yaa .. thank you so much semua *Orangnya aku blur karna aku masih jaga privasinya , klo udah terbukti aada video rekamannya barulahh aku up yg ga blur*

♬ original sound – Rey Caa – Rey Caa

Tips kesan ‘hidden camera’

Untuk pengetahuan anda terutamanya golongan wanita, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengesan kamera yang tersembunyi

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengesan kamera tersebut adalah:

  1. Guna flash light telefon (untuk lihat pantulan cahaya daripada lensa hidden cam)
  2. Guna kamera telefon (untuk lihat pantulan cahaya daripada lensa hidden cam)
  3. Imbas sambungan wifi yang mencurigakan
  4. Lakukan pemeriksaan fizikal terhadap semua komponen atau objek di dalam tandas

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Jadi Mangsa! Ini Tips Kesan ‘Hidden’ Kamera Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Pengendali Inap Desa Dikeluarkan Dari Akaun Airbnb Selepas Tular Sorok Kamera Dalam Soket

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.