fbpx
Now Reading
Anjur Program World Quran Hour, Komuniti Roblox Malaysia Raih Pujian [Video]

Anjur Program World Quran Hour, Komuniti Roblox Malaysia Raih Pujian [Video]

Difahamkan, program World Quran Hour edisi Roblox itu dianjurkan sempena menyambut 10 malam terakhir Ramadan dalam mengejar malam Lailatul Qadar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, permainan dalam talian (online) semakin mudah diakses dan dimainkan oleh orang ramai termasuk golongan kanak-kanak.

Sebagai contoh, populariti online game popular iaitu Roblox begitu terserlah kerana ia bukan hanya dimainkan oleh orang dewasa, malah kebanyakannya adalah kanak-kanak.

Ia mungkin membimbangkan sekiranya tidak dikawal, namun platform itu sebenarnya mampu memberi maanfaat sekiranya digunakan dengan sebaiknya.

Tular Influencer Malaysia anjur majlis tadabbur al-Quran dalam Roblox

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang influencer penstriman permainan video dikenali sebagai Afiq Mat Zaid menganjurkan program World Quran Hour di dalam Roblox.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Afiq atau lebih mesra disapa Cikgu Zyd itu memaklumkan bahawa program berkenaan mendapat sambutan yang baik dari komuniti Roblox Malaysia dan luar negara.

“Komuniti Roblox Malaysia berpeluang menyertai Majlis Tadabbur Al-Quran #WorldQuranHour secara virtual dalam Roblox buat kali pertama,” katanya.

@cikguzyd

Program #WorldQuranHour melakar sejarah penganjuran pertama dalam Roblox. #cikguzyd#zydverse#worldquranhour Robloxramadan Robloxmalaysia

♬ original sound – Cikgu Zyd Gaming ✪ – Cikgu Zyd Gaming ✪

Surah As-saff dipilih jadi pengisian tadabbur

Menurutnya, program berkenaan yang bertemakan ‘Saving the Ummah’ itu telah memilih surah As-saff untuk dijadikan pengisian tadabbur pada tahun ini.

Cikgu Zydd turut memaklumkan bahawa program World Quran Hour yang sebenar telah mencapai satu dekad penganjurannya genap pada Isnin lalu (24 Mac 2025).

Foto: Facebook/Sinar Islam Plus

Difahamkan, program World Quran Hour edisi Roblox itu dianjurkan sempena menyambut 10 malam terakhir Ramadan dalam mengejar malam Lailatul Qadar.

@cikguzyd

Event Ramadan Roblox : World Quran Hour Edisi Roblox Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat) 10 Malam Map: Kembara Hangout Audio : Discord Tanah Melayu Roblox cikguzyd Zydverse #RobloxRamadan #worldquranhour @quranhour

♬ suara asli – apriliaisy_ – apriliaisy_

Ramai terpukau dengan kemerduan suara salah seorang qari

Dalam video yang dikongsikan semasa program berlangsung, para pengguna media sosial dilihat terpukau dengan kemerduan suara salah seorang qari wanita semasa membaca surah As-saff.

Suara tersebut ternyata milik pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari iaitu Nur Rifqah Zafiirah Roszani.

Selain Nur Rifqah, terdapat dua lagi qari iaitu pelajar tingkatan dua dari SAM Muhammadiah Pekan Sabak, Mohamad Irfan Hanif Mohd Noor dan Muhamad Afiq ‘Izzuddin Abdul Quddoos (pelajar tingkatan 5 dari SMK Bandar Rinching).

@cikguzyd

Clip World Quran Hour. Surah As-Saff : Ayat 5 – 9 Qari : Nur Rifqah Zafiirah binti Roszani Tingkatan 3, SAM BESTARI #worldquranhour#cikguzyd#zydverse RobloxMalaysia #RobloxRamadan

♬ original sound – Cikgu Zyd Gaming ✪ – Cikgu Zyd Gaming ✪

Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji penganjuran program ini di dalam Roblox.

Mereka mengatakan bahawa perkara sebegini sedikit sebanyak mampu menarik lebih banyak minat anak-anak muda untuk membaca al-Quran meskipun ketika sedang bermain video game.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang berseloroh dengan memberi komen yang menghiburkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.