fbpx
Now Reading
Dah Potong PCB Tapi Tak Fail Cukai Pendapatan? Anda Mungkin Berdepan Potongan CP38 [Video]

Dah Potong PCB Tapi Tak Fail Cukai Pendapatan? Anda Mungkin Berdepan Potongan CP38 [Video]

Potongan gaji bulanan menerusi arahan CP38 oleh pihak LHDN bertujuan untuk menyelesaikan sebarang tunggakan cukai oleh pekerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bagi mereka dengan pendapatan yang layak dikenakan cukai, kebiasaannya pasti akan membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB) menerusi majikan.

Pun begitu, orang ramai masih wajib memfailkan cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya pengiraan cukai perlu dibayar yang tepat dapat dilakukan.

Malah, jika cukai perlu dibayar sebenarnya lebih rendah berbanding jumlah PCB bagi tahun taksiran, anda boleh mendapatkan kembali wang lebihan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Daftar & Isi E-Filing Cukai Pendapatan 2024 Untuk ‘First Timer’

Tak Isytihar Pendapatan Boleh Sebabkan Potongan CP38 Di Samping PCB

Memandangkan pembayaran cukai telah dibuat menerusi PCB, mungkin terdapat sesetengah individu yang menganggap mereka tidak perlu lagi mengisytiharkan pendapatan.

Namun menurut perkongsian di TikTok (@ringgitzz), cukai PCB hanyalah satu bentuk pembayaran awal yang bermakna ia bukan jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar.

Katanya, jika individu tidak mengisytiharkan pendapatan, terdapat kemungkinan tambahan potongan CP38 pada slip gaji, iaitu tunggakan cukai yang masih belum dibayar terhadap LHDN.

Sekiranya terdapat cukai tambahan yang dikenakan disebabkan PCB yang tidak mencukupi tetapi individu tidak membuat bayaran, pihak LHDN akan memaklumkan majikan agar membuat potongan CP38.

@ringgitzz

Replying to @GuyTravel Jangan ingat dah potong PCB terlepas macam tu je. Nanti mulalah tanya kenapa ada penolakkan CP38 pulak. Cakna ya semua! #tax #lhdn #cukai #cp38 #pekerja #pcb #pekerja #majikan #makangaji #penalty

♬ original sound – mashitahsedik – mashitahsedik

Tonton video penuh [DI SINI].

Bayar Amaun Perbezaan Cukai Sebelum Tarikh Akhir Failkan Cukai Pendapatan Untuk Elak Potongan CP38

Merujuk kepada laman web LHDN, amaun perbezaan jika jumlah PCB tidak mencukupi hendaklah dibayar kepada LHDN selewat-lewatnya pada tarikh terakhir pemfailan cukai pendapatan.

Sekiranya pembayaran tersebut tidak dilakukan sehingga tarikh yang ditetapkan, pembayar cukai boleh memohon untuk membuat bayaran tersebut secara ansuran.

Bagi pekerja bergaji, penyelesaian tunggakan cukai boleh dibuat daripada potongan gaji bulanan menerusi arahan CP38 yang dikeluarkan oleh LHDN terhadap majikan.

Ini bermaksud, jika pekerja terbabit menerima arahan CP38 dan juga perlu membuat PCB, terdapat dua potongan yang akan dinyatakan pada penyata gaji.

Sebaliknya, bagi mereka yang menjalankan perniagaan, mereka perlu memohon untuk penyelesaian bayaran dibuat secara ansuran di cawangan yang mengendalikan fail cukai mereka.

Jumlah Cukai Meningkat Jika Lewat Bayar

Namun diingatkan walaupun pembayaran cukai secara ansuran diluluskan jumlah cukai tetap akan meningkat kerana lewat menjelaskan cukai sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Untuk info, kegagalan atau kelewatan menghantar Borang Nyata Pendapatan sebelum tarikh akhir juga akan dikenakan penalti. Penalti akan dikira atas jumlah cukai dikenakan seperti berikut:

  • 15%: Sehingga 12 bulan
  • 30%: Antara 12 bulan hingga 24 bulan
  • 45%: Lebih 24 bulan

Elakkan Kesalahan Pada Borang Agar Tidak Dihubungi LHDN

Di samping itu, kami juga berkongsi empat sebab mengapa seseorang akan dihubungi pihak LHDN walaupun telah memfailkan cukai iaitu:

  1. Salah isi borang cukai.
  2. Tuntut semua pelepasan cukai yang ada.
  3. Tidak hantar borang cukai pada setiap tahun.
  4. Isi maklumat tidak tepat.

Oleh itu, jika terdapat kesalahan pada Borang Nyata, segera lakukan pindaan untuk mengelakkan sebarang tindakan.

Pindaan boleh dibuat secara manual, dalam talian atau dengan menegemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT) mengikut kes tertentu.

Suka diingatkan bahawa pindaan secara BNT akan menyebabkan kadar dan cara pengiraan cukai berubah.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Sebab Kenapa Anda Akan Dihubungi LHDNM Walaupun Dah Buat e-Filing

Baca Artikel Berkaitan: Tersilap Isi Borang Cukai LHDN 2024, Ini Langkah-Langkah Buat Pembetulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.