fbpx
Now Reading
“Gearbox Rosak Kot” – Ramai Terhibur Lihat ‘Uncle’ Ini Jalan Kaki Secara Mengundur [Video]

“Gearbox Rosak Kot” – Ramai Terhibur Lihat ‘Uncle’ Ini Jalan Kaki Secara Mengundur [Video]

Memetik Hello Sehat, ternyata jalan kaki mengundur mampu memberi lebih banyak manfaat yang baik untuk kesihatan berbanding berjalan kaki ke depan seperti biasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak kecil lagi, kita diajar bahawa senaman seperti berlari, berjoging, brisk walk (berjalan laju) mahupun bersukan merupakan antara aktiviti-aktiviti yang baik untuk kesihatan dalaman serta luaran.

Malah, ada juga yang mula berjoging untuk menurunkan berat badan selain ingin mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Perkara ini dilihat mula mendapat kesedaran ramai rakyat Malaysia apabila kebanyakan kawasan rekreasi pasti dipenuhi dengan individu-individu pelbagai usia yang berjoging dan brisk walk.

Tular lelaki jalan mengundur di Johor

Bagaimanapun, lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki warga emas ini apabila tular videonya di media sosial yang memaparkan dia berjalan dalam keadaan mengundur.

Tindakan warga emas itu berjalan ke belakang mendapat perhatian ramai orang selepas ia ditularkan oleh seorang lelaki di akaun TikTok miliknya (@mhdasriii) pada semalam (26 Mac).

Lelaki terbabit menyedari akan keanehan perkara itu semasa dia sedang menaiki sebuah van sebelum bertindak merakamnya.

Uncle jalan mengundur dengan ‘berkaki ayam’

Di dalam video tersebut, kelihatan warga ema situ berjalan mengundur di tepi jalan dengan hanya ‘berkaki ayam’ tanpa memakai selipar.

Warga emas yang memakai pelitup muka itu hanya memegang sepasang seliparnya pada tangan kanan sementara sebelah lagi tangan memegang botol air.

Tindakan lelaki lanjut usia terbabit berjalan mengundur sememangnya kelihatan agak pelik, tetapi mungkin dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

@mhdasriii

out of the box la ek

♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Rupanya jalan kaki ke belakang lagi banyak manfaat berbanding jalan biasa!

Memetik Hello Sehat, ternyata jalan kaki mengundur mampu memberi lebih banyak manfaat yang baik untuk kesihatan berbanding berjalan kaki ke depan seperti biasa.

Difahamkan, berjalan ke belakang dapat meningkatkan ketahanan dan kapasiti aerobik seseorang dengan lebih cepat.

Hal Ini kerana cabaran yang diberikan kepada tubuh adalah lebih besar, memaksa tubuh untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baharu dan jarang dilakukan.

Secara tidak langsung, perkara ini dapat mendorong peningkatan serta pertumbuhan dalam kecergasan fizikal seseorang.

Berikut adalah beberapa manfaat berjalan ke belakang:

  1. Membakar kalori lebih banyak
  2. Meningkatkan fungsi otak
  3. Meningkatkan denyut jantung
  4. Dapat mengurangkan masalah sakit lutut

Netizen terhibur lihat cara warga emas itu berjalan, tak tahu manfaatnya

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan warga TikTok berasa terhibur melihat tindakan warga emas itu berjalan ke belakang kerana tidak mengetahui bahawa ia juga memberi manfaat kepada kesihatan badan.

Malah, mereka juga berseloroh dengan memberikan pelbagai komen berkaitan cara berjalan warga emas berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.