
Lelaki Gigih Bergayut Pada Pagar Longkang Cuba Selamatkan Kucing Raih Pujian Ramai [Video]
Lelaki itu menggunakan segala kekuatannya untuk bertahan memegang pagar besi terbabit demi menyelamatkan kucing tersebut daripada lemas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, belakangan ini ada sahaja berita yang dilaporkan media mengenai jenayah-jenayah kejam sama ada melibatkan sesama manusia mahupun haiwan.
Perkara sebegini pastinya menimbulkan persoalan segelitir individu, apakah manusia baik di dunia ini sudah semakin berkurang?
Hakikatnya, masih ramai manusia yang mempunyai ihsan serta berperikemanusiaan di dunia ini, mungkin cuma kita sahaja yang tidak mengetahui jika tiada siapa yang merakam dan menularkannya di media sosial.
Tular lelaki bersungguh-sungguh cuba selamatkan kucing terjatuh longkang
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki di Thailand berusaha sedaya upayanya menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh di dalam longkang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @playplern, lelaki yang memakai jaket kedai serbaneka 7-Eleven itu bertindak bergayut pada pagar besi longkang.
Lelaki itu menggunakan segala kekuatannya untuk bertahan memegang pagar besi terbabit demi menyelamatkan kucing tersebut daripada lemas.
Cuba naikkan kucing guna kaki, nyaris terjatuh sekali dalam longkang
Di dalam video sama, dia dilihat cuba mengangkat kucing terbabit ke atas dengan menggunakan kakinya.
Bagaimanapun, ia tidak lah mudah untuk dilakukannya apabila dia juga dilihat hampir terjatuh ke dalam longkang yang bersaiz besar dan dalam itu.
Si bulus terbabit juga dilihat cuba memeluk erat kaki lelaki berkenaan seakan memahami bahawa dia sedang cuba diselamatkan.
@playplern ไม่รู้ว่าช่วยแมวได้มั้ย ไม่รู้ว่ามีใครมาช่วยดึงน้องขึ้นรึเปล่า อยากบอกว่าหัวใจน้องสุดยอดมาก ❤️ ขอบคุณนะ 🐈⬛ #แมว #เซเว่นอีเลฟเว่น @7-Eleven Thailand @7-ELEVEn #เทรนด์วันนี้ #สัตว์โลกน่ารัก #cat #fypage #viraltiktok
♬ เสียงต้นฉบับ – PrinceCNX – PrinceCNX
Ada dua lelaki datang bantu, akhirnya kucing berjaya di selamatkan
Dalam satu lagi hantaran video berasingan, kucing terbabit akhirnya berjaya diselamatkan selepas ada dua individu yang membantu mengangkat lelaki tersebut ke atas.
Video lelaki itu cuba menyelamatkan kucing mendapat perhatian ramai orang dengan jumlah tontonan di TikTok melebihi 20 juta.
Malah, perkara itu juga mendapat perhatian media Thailand yang telah menemu ramah lelaki berhati mulia terbabit.
@playplern น้องเพชร: “ตอนทำไม่ได้คิดว่าจะมีคนมาดูอะไรขนาดนี้ แค่คิดว่าเราจะช่วยน้องยังงัยขอคลิปพี่เค้าที่ถ่าย เพื่อจะส่งให้คุณแม่ดู แล้วคุยกันขำๆ แบบว่า เหนื่อยนะ ไปช่วยมา ตัวนี้อ้วนนะ ตัวนี้อ้วนมา… ก“ 😂😂😂 อย่าบู้บี้น้อนน 😂😂😂 เอ็นดู #นาทีชีวิต #วินาทีชีวิต #แมวแมวEleven Thailand @7-ELEVEn #เซเว่นอีเลฟเว่น #เทรนด์วันนี้ #สัตว์โลกน่ารัก #cat #fypage #viraltiktok
♬ BLUE YUNG KAI – SONIDOS LARGOS
Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian kepada lelaki berkenaan.
Tidak kurang juga ada individu yang bengang dengan tindakan si perakam video yang hanya merakam tanpa membantu lelaki itu.




Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jadi Hero Selamatkan Kucing Hampir Mati Dibelit Ular Sawa [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Hero Tak Beruniform” – Sekumpulan Lelaki Selamatkan Kucing Dari Kebakaran Raih Pujian [Video]