
Rider Nyaris Kemalangan Gara-Gara Pemandu Lori Selamba Buat Pusingan U Haram Buat Netizen Berang [Video]
Tindakan pemandu lori membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan kedua-dua lorong terhalang hingga hampir mengundang nahas kepada seorang penunggang motosikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan dan mengamalkan pemanduan yang selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Namun, masih ada segelintir pemandu yang mengabaikan peraturan, seperti membuat pusingan U di kawasan larangan. Tindakan berbahaya ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan lain, malah boleh mengundang kemalangan.
Tidak hairanlah semakin banyak video insiden jalan raya yang tular di media sosial, membuatkan ramai lebih berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal.
Baca Artikel Berkaitan: “Skill Mahal Ni” – Ramai Puji Cara Pemandu Lori Treler Buat U-Turn Nampak ‘Smooth’
Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: Rider Hempas Helmet Lepas Dilanggar Kereta Dipercayai Kerana Pemandu U-Turn Melulu Undang Perhatian
Rakaman Dashcam Dedah Situasi Cemas
Menerusi perkongsian di laman Facebook Sofi Cikoi, sebuah rakaman dashcam memaparkan kejadian cemas melibatkan sebuah lori yang membuat pusingan U secara berbahaya.
Kejadian dipercayai berlaku berhampiran lampu isyarat yang sedang hijau.
Pada awal video, lori tersebut dilihat berada di lorong kanan sebelum bergerak ke kiri dan tiba-tiba membelok semula ke kanan. Difahamkan, pemandu lori cuba mengambil sudut untuk membuat pusingan U di kawasan yang sempit.
Keadaan menjadi cemas apabila sebuah motosikal dari arah belakang yang berada di lorong kiri hampir merempuh lori tersebut kerana tiada ruang untuk mengelak.
Penunggang motosikal itu pada mulanya hilang kawalan namun berjaya menstabilkan kenderaannya tepat pada waktu. Mujur juga pemandu lori sempat menghentikan jenteranya sebelum meneruskan pusingan.
Rakaman itu turut menunjukkan pemilik dashcam yang merupakan seorang wanita terpaksa membrek secara mengejut akibat tindakan pemandu lori tersebut. Kedengaran juga dia beberapa kali beristighfar menyaksikan situasi berbahaya itu.
Netizen Berang Dengan Tindakan Pemandu Lori
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pemandu lori tersebut.
Majoriti berpendapat pemandu lori yang cuai seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan memandu kerana boleh mengancam nyawa pengguna jalan lain.
Ada juga yang mencadangkan agar lesen mereka ditarik sebagai pengajaran supaya lebih bertanggungjawab ketika di jalan raya.


Hanya Boleh U-Turn Di Tempat Dibenarkan
Sekadar peringatan, pusingan U hanya boleh dilakukan di kawasan yang dibenarkan dan kebiasaannya di kawasan yang mempunyai papan tanda U-turn di atas jalan raya.
Walaupun terdapat sesetengah individu yang tetap melakukan pusingan U di tempat dilarang, ia sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 13) yang boleh dikenakan denda sehingga RM300 jika disabit kesalahan.
Pusingan U juga dilarang sama sekali untuk dibuat di kawasan selekoh, hadapan sekolah, hospital dan di dalam terowong.
Malah pemandu juga dilarang untuk membuat pusingan U di atas jalan raya dengan garisan putih berkembar padanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lori Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Rider Terbabas Bikin Ramai Berang
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]