
Peguam Syarie Kongsi ‘Red Flag’ Calon Isteri Dari Sudut Undang-undang Syariah Untuk Lelaki
Sekadar info, dalam konteks percintaan, red flag merupakan tanda bahawa terdapat tingkah laku atau hubungan yang tidak sihat antara seseorang dan pasangannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu, baik lelaki mahupun wanita, pasti ada ciri-ciri pasangan yang diimpikan mereka untuk hidup bersama.
Tidak dinafikan, setiap pasangan perlulah saling melengkapi dengan kelebihan diri yang ada pada masing-masing.
Namun, menilai seseorang itu sebelum diambil menjadi peneman hidup juga amatlah penting, agar tidak menyesal di kemudian hari kerana salah pilihan.
Peguam syarie kongsi ‘red flag’ calon isteri untuk lelaki
Seperti baru-baru ini, seorang peguam syarie dikenali sebagai Dhalia Shah telah tampil menyenaraikan beberapa ‘red flag’ calon isteri dari sudut undang-undang syariah buat para lelaki.
Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Dhalia berkata golongan lelaki juga mempunyai hak untuk dilindungi oleh undang-undang syarie.
“Jangan anggap sabar itu lemah, bertindak bila perlu. Sebelum kahwin, kenal hukum. Selepas kahwin, kenal hak,” katanya.
Sekadar info, dalam konteks percintaan, red flag merupakan tanda bahawa terdapat tingkah laku atau hubungan yang tidak sihat antara seseorang dan pasangannya.
Selalu ugut nak report ke mahkamah dan polis
Menurut Dhalia, red flag seorang calon isteri apabila wanita itu gemar membuat ugutan kepada pasangannya.
Jelasnya, isteri yang sering melakukan ugutan kepada pasangan boleh menyebabkan suami hilang peranan sebagai pemimpin rumah tangga.
“Baru gaduh sikit ‘aku saman kau nanti!’. Belum kahwin pun dah ugut dengan undang-undang,” katanya lagi.
Tak hormat keluarga lelaki dan tak boleh ditegur
Menurutnya lagi, seorang wanita yang tidak boleh menerima teguran dan tidak menghormati keluarga pihak lelaki seperti sering berkata buruk juga adalah red flag calon isteri.
Kata Dhalia, di dalam rumah tangga, tegur-menegur dan memberi nasihat sesama pasangan adalah wajib.
“Bukan isu ego, tapi tanggungjawab dan perlu hormat keluarga masing-masing,” ujarnya.
Kahwin sebab nak lari daripada masalah
Tidak dinafikan, ada sesetengah individu yang ingin berkahwin bukanlah atas dasar cinta, sebaliknya hanya ingin melarikan diri daripada masalah.
Susulan itu, Dhalia berkata individu seperti ini juga red flag untuk dijadikan calon isteri. Sebagai contoh, seseorang wanita ingin berkahwin hanya kerana ingin bebas daripada keluarga.
Kongsinya, suami boleh menjadi mangsa beban emosi dan krisis lama isteri sekiranya perkahwinan terbabit berlaku hanya atas dasar ingin lari daripada masalah semata-mata.
Ada hutang atau tuntutan bekas suami yang belum selesai
Dhalia berkata lagi, seseorang wanita yang masih dalam proses kes penceraian, mutaah, idah atau pernah disaman nusyuz kerana abaikan tanggungjawab masa perkahwinan terdahulu juga adalah red flag.
Beliau menasihati kaum lelaki agar menyiasat terlebih dahulu latar belakang calon isteri agar tidak terpalit masalah yang sama.
Tak nak daftar nikah secara sah
Di negara ini, telah banyak yang berlaku perkahwinan di luar negara terutamanya di Thailand. Perkahwinan terbabit mengikut Islam adalah sah, namun dari segi undang-undang di Malaysia pula dianggap sebagai tidak sah.
Dhalia berkata perkara ini juga adalah red flag kerana si suami akan kehilangan kuasa undang-undang dan isteri boleh lari sesuka hati.
“Ajak kahwin senyap-senyap atau kahwin luar negara tanpa daftar biasa penyondol. ‘Asalkan sah akad, tak payah daftar pun tak apa’.”
Peguam syarie, Dahlia Shah
Berkongsi lanjut, beliau berkata wanita yang suka meminta cerai tanpa alasan syarie serta tidak menerima konsep taat dan nafkah juga adalah red flag.
Untuk melihat carousel klik [di sini]