
Ramai Bimbang Lihat ‘Sarjan Alang’ Kawal Lalu Lintas [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Sarjan Alang berdiri di tengah jalan besar dengan lengkap berpakaian seperti polis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, seorang individu istimewa yang juga dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) dikenali sebagai Sarjan Alang sering tular di media sosial.
Malah gelagat Sarjan Alang ini juga sering menjadi perhatian orang ramai kerana dia sering dilihat memakai baju beruniform seperti polis, bomba dan sebagainya.
Bukan hanya itu, Sarjan Alang juga adakalanya berada di jalan raya untuk mengawal keadaan trafik dan lalu lintas di kawasan sekitar Klang.
Ini membuatkan namanya semakin dikenali bahkan turut mendapat perhatian selebriti terkenal seperti Alif Satar.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Teruja Jumpa Sarjan Alang, Siap Ajak Bergambar Bersama [Video]
Sarjan Alang dilihat berpakaian uniform polis sedang kawal lalu lintas
Baru-baru ini, Sarjan Alang sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat berada di tengah jalan raya untuk mengawal lalu lintas.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna di TikTok, awalnya kelihatan Sarjan Alang yang ‘lengkap beruniform’ dan menyarung jaket polis sedang berdiri di tengah jalan.
Siap beri isyarat untuk kenderaan bergerak
Dalam video itu kelihatan dia memberi isyarat tangan seolah-olah sedang mengawal aliran trafik di sebuah jalan.
Malah dapat dilihat keadaan di jalan raya ketika itu dipenuhi pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, motosikal, lori dan sebagainya.
Tidak lama kemudian, kelihatan perakam seperti memanggil Sarjan Alang berkenaan.
Sarjan Alang dilihat berpusing sambil menunjukkan simbol ‘thumb up’ sambil tersenyum seolah-olah dia gembira dengan perkara yang dilakukan.
Menerusi video yang dikongsikan itu, dipercayai perkara tersebut berlaku di Klang, Selangor ketika bandar itu sedang dilanda banjir.
@miorsahim Tq Sarjan Alang🫡🤲🏻🫰🏻#klangbanjir
♬ original sound – PUPU BGM’S – PUPU BGM’S
Ramai persoal tindakan Sarjan Alang dan merasakan ia sesuatu perkara bahaya
Melihat di ruangan komen, ramai yang khuatir dan mempersoalkan tindakan Sarjan Alang yang berpakaian menyerupai pihak polis dan cuba mengawal lalu lintas.
Tidak kurang juga ada yang meminta pihak polis untuk mengambil tindakan ‘khas’ memandangkan Sarjan Alang seorang yang istimewa kerana tindakannya dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan.
Ada juga berpendapat perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana setiap individu yang ingin menawal lalu lintas seperti polis trafik perlu mempunyai ilmu selain menghadiri kursus dan sebagainya.
Meskipun ada yang memuji sikapnya untuk membantu pengguna jalan raya dan polis namun ia bukanlah sesuatu tindakan yang boleh dibuat sesuka hati seperti memakai baju polis dan mengawal trafik.
Video sama turut menjadi tular di X apabila ada juga yang mempersoalkan perkara sama sebaik melihat tindakan Sarjan Alang menjaga lalu lintas.
Satu satunya polis mesra tegas dan cepat…😁 pic.twitter.com/GqZp0CCUoB
— ًِ (@bckupacc99) April 11, 2025
“Kalau orang tak kenal itu Sarjan Alang, mesti orang ingat polis betul”

“PDRM ambil tindakan, walaupun istimewa tapi bahaya..”

“Bahaya betul takut jadi apa-apa. Kesian dekat dia. Dia mesti orang ajar, takut-takut kereta langgar.
