
Gelagat Sekumpulan Warga China ‘Curious’ Ketika Nak Beli Nasi Lemak Raih Perhatian [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki dipercayai warga China itu sempat berbincang terlebih dahulu sebelum membeli nasi lemak yang dijual peniaga itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila berkunjung ke luar negara pastinya kita mempelajari budaya baharu seperti kesenian, makanan dan banyak lagi.
Malah apa yang menarik pastinya budaya yang ditonjolkan oleh sesebuah negara itu mempunyai perbezaan dan keunikan tersendiri.
Ini kerana, ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilihat apabila pulang ke negara sendiri. Bukan hanya itu, kita juga mempelajari bagaimana masyarakat di sesuatu kawasan itu menjalani kehidupan harian mereka dan sebagainya.
Peniaga kongsi gelagat sekumpulan warga China nak beli nasi lemak
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan gelagat sekumpulan lelaki yang dipercayai warga China yang ingin membeli makanan terkenal di Malaysia dari seorang peniaga tempatan di Kota Kinabalu, Sabah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Yusuff yang berniaga nasi lemak belakang bonet kereta (car boot), awalnya kelihatan kumpulan berkenaan hanya lalu sambil memerhati makanan yang dijual.
Mungkin tertarik dengan perkara itu, kumpulan lelaki itu kemudiannya berpusing semula dan bertanya apakah yang dijual oleh Yusuff.
Siap’search’ apa itu nasi lemak
Yusuff kemudian memaklumkan dia menjual nasi lemak, mereka kemudian dilihat mengeluarkan telefon pintar mungkin ingin membuat carian apakah jenis makanan yang dijual.
Tidak lama selepas itu, seorang lelaki memakai baju merah jambu kemudiannya cuba melihat secara dekat makanan yang dijual.
Mereka dilihat begitu tertarik dengan makanan tersebut serta berbincang antara mereka dan meminta Yusuff untuk menaip di dalam telefon untuk menunjukkan rupa sebenar nasi lemak.
Terus beli lima bungkus nasi lemak
Sebaik melihat gambarnya, mereka kemudian membuat keputusan untuk membeli lima bungkus nasi lemak dan bertanya berapakah harganya.
Yusuf kemudian memaklumkan jumlah untuk lima bungkus nasi lemak adalah RM10 sahaja.
Sementara menunggu, kumpulan lelaki itu turut menyedari Yusuff sedang membuat rakaman sambil berjual apabila melambai-lambaikan tangan sambil berkata ‘delicious’.
Meskipun tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh kumpulan warga China itu ketika membuat pesanan namun Yusuff cuba untuk melayani mereka dengan sebaiknya.
@yusufflearntosing Siapa paham apa dorang cakap ni? lain doh cina dorang ni #nasilemak #sarapanpagi #kotakinabalu #nasilemakpakusupkk #sabahancrew_fams
♬ Naughty, evil, dubious and comical songs(1264665) – MATSU
Ramai sangka kumpulan warga China dari Hong Kong, Guangzhou kerana cakap bahasa Cantonese
Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan kumpulan lelaki itu bercakap menggunakan bahasa kantonis.
Ada juga yang memaklumkan lelaki memakai baju merah jambu itu awalnya mengatakan ingin membeli 10 bungkus nasi lemak namun rakannya mengatakan ia mungkin tidak habis sebelum membuat keputusan untuk membeli lima bungkus sahaja.
Malah di akhir video lelaki memakai baju merah jambu memaklumkan mereka dari Guangdong, China.
Namun ada juga yang menyifatkan kumpulan lelaki berkenaan dari Guangzhou dan Hong Kong.
“Mereka dari Hong Kong. Di Hong Kong tiada peniaga yang menjual menggunakan kereta jadi mereka pelik, sekurang-kurangnya mereka lihat dan sokong abang ini serta ucap ‘good luck’, pelancong yang bagus.”

“Tak jadi lah tu makan Mee Cup”

“Terbaik nasi lemak abang sampai orang Hong Kong pun beli”

“Mesti dia orang terhidu keharuman nasi lemak adik ni, sampai patah balik tanya”
