fbpx
Now Reading
Individu Didiagnosis 3 Penyakit Mental Ini Layak Terima Bantuan mySalam RM8,000

Individu Didiagnosis 3 Penyakit Mental Ini Layak Terima Bantuan mySalam RM8,000

Bagi melayakkan diri dengan perlindungan RM8,000 mySalam, pesakit mental perlulah didiagnosis bermula 1 Januari 2025.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kesihatan mental merupakan salah satu isu yang kini mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila dilaporkan hampir lima juta rakyat Malaysia mengalami masalah itu.

Malah, masalah kesihatan mental kanak-kanak dan belia di dalam negara telah meningkat dua kali ganda pada 2023 berbanding 2019.

Dalam menangani isu ini, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan termasuk menyediakan servis psikologi dan terapi di klinik kerajaan terpilih.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Dedah Masalah Kesihatan Mental Kanak-kanak & Belia Meningkat 2 Kali Ganda

Baca Artikel Berkaitan: Tular Babak Hannah Delisha Murung Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Wanita Minta Orang Ramai Cakna Isu Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Obses Untuk Jadi Kurus Tanda Alami Gangguan Mental. Ini 6 Punca Anda Perlu Tahu

Kesihatan Mental Termasuk Di Bawah mySalam

Terkini, masalah mental turut menjadi sebahagian daripada penyakit yang dirangkumi di bawah skim perlindungan takaful nasional mySalam.

Menerusi skim ini, pesakit yang disahkan menghidap penyakit tertentu layak menerima pembayaran sejumlah RM8,000 sekali seumur hidup.

Pun begitu, hanya pesakit mental yang didiagnosis oleh doktor berdaftar bermula 1 Januari tahun ini yang layak menerima bantuan tersebut.

Ini 3 Penyakit Mental Yang Dirangkumi Bawah mySalam

Berdasarkan laman web mySalam, hanya tiga jenis masalah yang layak menerima pembayaran tersebut.

#1. Gangguan Kemurungan Utama (MDD)

Gangguan Kemurungan Utama yang lebih dikenali sebagai Major Depressive Disorder (MDD) merupakan gangguan mental dengan ciri-ciri perasaan sedih berterusan, kosong dan mudah marah.

Ia juga termasuk ciri-ciri kehilangan minat, dengan kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dalam bidang sosial, pekerjaan atau fungsi penting lain. Empat kriteria di bawah merupakan diagnosis MDD yang jelas:

  1. Disahkan oleh Pakar Psikiatri berdasarkan kriteria Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), atau mana-mana kemas kini DSM-5 berikutnya atau kriteria alternatif yang menggantikan DSM-5.
  2. Keterukan tertentu yang diperlukan oleh definisi mesti memenuhi bilangan simptom kriteria dan tahap ketidakupayaan fungsi yang konsisten dengan episod teruk seperti yang ditakrifkan oleh DSM-5 atau penentu Diagnostik Edisi DSM yang paling terkini.
  3. Telah menjalani terapi electroconvulsive (ECT), yang mesti dikendalikan oleh Pakar Psikiatri.
  4. Telah menerima ubat khusus untuk merawat MDD tanpa gangguan untuk tempoh sekurang-kurangnya 180 hari selepas diagnosis.

Namun begitu, mySalam tidak melindungi perkara berikut:

  • Kemurungan yang disebabkan oleh kehadiran penyalahgunaan dadah atau bahan (termasuk alkohol).
  • Gangguan Penyesuaian dengan Mood Tertekan.

#2. Skizofrenia

Skizofrenia adalah gangguan mental yang dicirikan oleh gangguan utama dalam fungsi kognitif, emosi dan tingkah laku. Diagnosis skizofrenia yang jelas memenuhi semua kriteria berikut:

  1. Disahkan oleh Pakar Psikiatri berdasarkan kriteria DSM-5, atau mana-mana kemas kini DSM-5 berikutnya atau kriteria alternatif yang menggantikan DSM-5.
  2. Telah menerima terapi ubat antipsikotik tanpa gangguan untuk tempoh sekurang-kurangnya 180 hari selepas diagnosis.

Pun begitu, perlindungan dikecualikan bagi gangguan skizofrenia yang disebabkan oleh kehadiran penyalahgunaan dadah atau bahan (termasuk alkohol).

#3. Gangguan Bipolar

Juga dikenali sebagai penyakit manic-depressive, Gangguan Bipolar terjadi apabila berlakunya perubahan melampau dalam mood, tahap tenaga, aktiviti dan kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dalam aspek sosial, pekerjaan atau aspek penting lain dalam fungsi seharian.

Diagnosis gangguan bipolar yang jelas mesti memenuhi semua kriteria berikut:

  1. Disahkan oleh Pakar Psikiatri berdasarkan kriteria DSM-5, atau mana-mana kemas kini DSM-5 berikutnya atau kriteria alternatif yang menggantikan DSM-5.
  2. Telah menerima terapi ubat khusus, iaitu penstabil mood atau antipsikotik atau antidepresan atipikal, tanpa gangguan untuk tempoh sekurang-kurangnya 180 hari selepas diagnosis.

Seperti yang lain, perlindungan dikecualikan bagi gangguan skizofrenia yang disebabkan oleh kehadiran penyalahgunaan dadah atau bahan (termasuk alkohol).

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi 6 Mitos Masalah Kesihatan Mental & Fakta Sebenar

Ini Cara Mohon Pembayaran RM8,000 Dari mySalam

Menurut perkongsian di TikTok (@ringgitzz), berikut merupakan langkah-langkah bagi mendapatkan pembayaran bernilai RM8,000 tersebut.

Pertama, borang permohonan penyakit kritikal perlu dimuat turun menerusi laman web mySalam.

Bagi mengemukakan permohonan tersebut, individu perlu mengepilkan bersama salinan kad pengenalan depan dan belakang.

Selain itu, sediakan juga borang penyakit kritikal dengan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat:

  • Nama penuh Pesakit/ Orang yang Dilindungi.
  • Nombor kad pengenalan Pesakit/ Orang yang Dilindungi.
  • Cop rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat berserta tandatangan.
  • Butiran penyakit yang berkaitan.

Borang yang telah diisi kemudian dibawa bersama salinan kad pengenalan untuk dihantar ke kaunter mySalam atau pop-up booth mySalam di mana-mana klinik atau hospital kerajaan.

Diingatkan bahawa borang perlulah dihantar selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025.

@ringgitzz

Ramai tak tahu pesakit mental pun boleh dapat bantuan RM8,000 dari MySalam! Jangan biar hak anda terlepas macam tu je. Check kelayakan sekarang! #mysalam #bantuankerajaan #pesakitmental #kewanganbijak #mentalhealth #duittambahan #bantuan #skizofrenia #bipolar #mdd #mental

♬ original sound – mashitahsedik – mashitahsedik

Tonton video penuh [DI SINI].

mySalam Sediakan Manfaat Hospitalisasi & Manfaat Penyakit Kritikal

Skim perlindungan takaful nasional mySalam telah pertama kali diperkenalkan pada tahun 2019.

Skim ini disediakan secara percuma kepada golongan B40 dan meliputi 50 jenis penyakit kritikal yang dibahagikan kepada 12 kumpulan pada tahun ini berbanding 45 jenis sebelum ini.

Terdapat dua manfaat yang dilindungi di bawah mySalam iaitu:

  • Manfaat Hospitalisasi: Penerima mySalam layak untuk menutut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun jika dimasukkan dan bermalam di wad hospital kerajaan, hospital universiti atau hospital angkatan tentera.
  • Manfaat Penyakit Kritikal: Penerima mySalam yang disahkan menghidap mana-mana daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai boleh menuntut manfaat berjumlah RM8,000 sekali seumur hidup.

Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Kini Boleh Nilai Status Kesihatan Mental Guna Ciri MyMinda Di MySejahtera – KKM

Baca Artikel Berkaitan: Terapis Kongsi Cara Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan Mental Dengan 5 Langkah Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.