
“Ingat Dekat Oversea” – Lelaki Main Piano Lagu Raya Secara ‘Upside Down’ Buat Ramai Kagum [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran lelaki terbabit memainkan lagu ‘Selamat Hari Raya’ daripada Saloma dengan cara yang sangat unik iaitu dalam keadaan berbaring.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari Raya merupakan hari kemenangan buat seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa serta melatih diri untuk sentiasa melakukan kebaikan dan amal ibadah.
Namun apa yang meriah hari raya di Malaysia ini, ia tidak hanya disambut oleh umat Islam sebaliknya seluruh agama dan kaum.
Apa yang lebih menarik, mereka yang datang berkunjung untuk beraya turut memakai baju tradisional seperti baju Melayu dan baju Kurung bagi memeriahkan lagi sambutan Syawal.
Malah setiap individu turut tampil dengan cara tersendiri dalam memberikan kelainan dan keunikan dalam meraikan Hari Raya.
Lelaki raih perhatian ramai boleh main piano secara terbalik
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pemain piano telah menarik perhatian ramai apabila tampil bermain alat muzik berkenaan dengan cara yang unik serta luar biasa.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @virtuosijinz_oe di TikTok, awalnya kelihatan lelaki berkenaan sedang berada di sebuah premis dipercayai kedai buku yang menyediakan alat muzik piano.
Lelaki itu kemudiannya dilihat berada dalam posisi separa terbaring yang mana badannya di atas kerusi manakala kepalanya berada di bawah alat muzik itu.
Siap boleh main lagu raya tanpa perlu lihat note
Namun apa yang menarik perhatian, pemain muzik ini boleh bermain piano secara terbalik tanpa perlu memandangnya.
Meskipun tidak memandang ke arah key yang perlu ditekan, namun kelihatan lelaki ini seperti sudah menghafal setiap ‘note’ pada piano berkenaan ketika memainkan alat muzik itu.
Turut kedengaran dia memainkan lagu ‘Selamat Hari Raya’ yang dinyanyikan oleh Saloma.
Malah apa yang lebih unik, lelaki itu boleh bermain dengan cekap tanpa melakukan sebarang kesalahan ketika memainkan lagu berkenaan.
Bukan hanya itu, jari jemarinya juga dilihat menari dengan sendiri di atas alat muzik terbabit.
Kelihatan individu yang berada di kawasan berkenaan turut teruja melihat aksi lelaki itu bermain piano dan terus memerhatikan gelagatnya.
@virtuosojinz_oe Raya sudah over… boleh saya terbalikkan masa time travel back ke sebelum raya dengan mainkan lagu raya terbalik 🤔 #bookxcessmytown #mytownkl #selamathariraya #publicpiano #virtuosojinz #mrchingpiano #pianomalaysia
♬ original sound – 🔅 JC🎹🤴🏻| 🍓 – 🔅 JC🎹🤴🏻| 🍓
Main piano secara terbalik keunikan tersendiri
Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan oleh lelaki itu, dia sememangnya sering bermain piano di kawasan awam dan turut mendendangkan lagu raya dan bermacam-macam lagi.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan aksi bermain secara terbalik seperti ‘signature’ pemain piano ini.
@virtuosojinz_oe Replying to @The Seven⁉️⚡ ok boleh juga cuba macam ni🌚 #lalaportbbcc #bookxcesslalaport
♬ original sound – 🔅 JC🎹🤴🏻| 🍓 – 🔅 JC🎹🤴🏻| 🍓
@virtuosojinz_oe third party POV video last year 段俊 from 🇨🇳 is not the first person play like this at KLCC, is Me!! #klcc #dewanfilharmonikpetronas #publicpiano #blingbangbangborn #comicfiesta2024 #lancecrowncosplay #段俊
♬ original sound – 🔅 JC🎹🤴🏻| 🍓 – 🔅 JC🎹🤴🏻| 🍓
Ramai kagum lihat pemain piano boleh main alat muzik secara terbalik tanpa perlu lihat key
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum melihat kebolehan lelaki berkenaan bermain piano secara terbalik.
Malah ada juga yang menyifatkan dia hebat seperti Ludwig Van Beethoven iaitu seorang pemain piano dan komposer dari German.
Tidak kurang juga ada yang menyangkakan rakaman memaparkan kebolehan luar biasa lelaki tersebut di luar negara, walhal ia sebenarnya di Malaysia.
“Macam ni Beethoven pun boleh hidup balik, terkejut”

“Beethoven❌, Nevohteeb✅”

“Ni bukan terbalikkan masa, ni terbalikkan main piano”
