
Tiada Lagi Kelibat Sarjan Alang Buat SJR, Pakaian Seragam Sudah Dirampas Polis
Menurut lelaki yang mendakwa sebagai penjaga Sarjan Alang, pihak polis melarang individu ‘istimewa’ itu untuk membuat ‘sekatan jalan raya’ dan tidak membenarkannya memakai uniform PDRM.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan pengguna TikTok dan warga Meru, Klang pasti mengenali lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Sarjan Alang.
Sarjan Alang sering tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai kerana berpakaian seperti seorang anggota pihak berkuasa.
Bagaimanapun, orang ramai mula menyuarakan kebimbangan selepas tular di media sosial video Sarjan Alang mengawal lalu lintas di tengah-tengah laluan jalan raya yang sibuk sambil memakai seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bimbang Lihat ‘Sarjan Alang’ Kawal Lalu Lintas [Video]
Pakaian seragam dirampas polis, tiada lagi Sarjan Alang
Terbaharu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai penjaga kepada Sarjan Alang menyatakan bahawa berkemungkinan selepas ini tiada lagi kelibat individu itu di jalan raya sekitar Meru atau di mana-mana tempat.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Eone PSyco, lelaki terbabit menyatakan bahawa dia dan Sarjan Alang telah dipanggil oleh pihak polis semalam (14 April) untuk memberi keterangan mengenai video yang tular itu.
Menurutnya, pihak polis sudah mengambil tindakan dengan merampas pakaian seragam dan semua kelengkapan baju yang pernah dipakai Sarjan Alang sebelum ini.
Polis larang Sarjan Alang buat ‘roadblock’ dan peragam uniform PDRM
Jelas lelaki itu, pihak polis juga melarang keras untuk Sarjan Alang membuat ‘sekatan jalan raya’ di mana-mana sahaja dan tidak membenarkan individu itu memperagakan seragam polis.
“Sarjan Alang ini anak istimewa, cita-citanya teringin sangat menjadi anggota polis, namun apakan daya
“Jadi insya-Allah kami akan ubah watak Sarjan Alang ini nanti, mungkin dia akan naik pangkat menjadi ‘detective’ pula,”
Dia pada masa sama turut meminta maaf atas segala perkara yang telah dilakukan oleh Sarjan Alang dan berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat terhadap individu ‘istimewa’ itu.
Sebelum ini, orang ramai menyuarakan kebimbangan terhadap Sarjan Alang yang mengawal lalu lintas di tengah jalan kerana tindakan itu boleh membahayakan dirinya dan pengguna jalan raya yang lain.
Susulan itu, ada pihak yang meminta agar pihak polis mengambil tindakan ‘khas’ terhadap Sarjan Alang.



Baca Artikel Berkaitan: Alif Satar Teruja Jumpa Sarjan Alang, Siap Ajak Bergambar Bersama [Video]