
“Tindakan Pelajar Pakai Jubah Ku Klux Klan Sebahagian Daripada Assignment” – UiTM
Jelas UiTM, pembentangan para pelajar berkenaan memberi tumpuan kepada diskriminasi berdasarkan warna kulit, satu amalan yang berlaku di beberapa negara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial satu video yang memaparkan sekumpulan pelajar dipercayai dari sebuah cawanagan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memakai jubah menyerupai Ku Klux Klan (KKK).
Dalam video sama, turut kelihatan beberapa pelajar yang memakai jubah berkenaan memegang salib.
Penularan video tersebut mendapat perhatian ramai pihak di mana rata-ratanya mengecam perbuatan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pelajar Berarak Dengan Memakai Kostum KKK Terima Kecaman Ramai
Pakai jubah Ku Klax Klan kerana assignment?
Terbaharu, UiTM menerusi satu kenyataan hari ini (15 April) menjelaskan bagi pihak pelajar-pelajar terbabit dengan menyatakan bahawa tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada tugasan berkaitan isu perundangan.
Dalam satu kenyataan, UiTM memaklumkan bahawa pihaknya tidak menganggap aksi itu sebagai sesuatu yang menyinggung sensitiviti agama.
Jelas universiti awam itu, pembentangan para pelajar berkenaan memberi tumpuan kepada diskriminasi berdasarkan warna kulit, satu amalan yang berlaku di beberapa negara.
“Kostum yang digunakan merupakan sebahagian daripada bahan visual untuk membantu memberikan pemahaman dan penghargaan yang lebih baik terhadap topik yang dibincangkan,” katanya dipetik FMT.
Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya sentiasa menekankan nilai-nilai seperti toleransi, hormat-menghormati dan kepekaan budaya dalam bidang akademik serta terus komited terhadap pendidikan yang bertanggungjawab serta beretika.
“Kami berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan mengelak daripada sebarang salah faham terhadap tugasan yang telah dijalankan,” kata kenyataan itu lagi.
UiTM gesa orang ramai nilai isu melalui sudut akademik
UiTM turut menggesa orang ramai supaya menilai insiden ini melalui sudut akademik dan mengambil kira konteks sebenar situasi tersebut.
“UiTM juga menyeru semua pihak agar menilai kejadian seperti ini dalam kerangka akademik dan tidak menafsirkannya di luar konteks, selaras dengan semangat pendidikan tinggi yang inklusif dan dinamik yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara,” ujarnya.
Got this message from a uitm dengkil student, it’s beyond disgusting and very disturbing to read.
— yapxiang #PandangKeSabah 🍉 (@yapxiang) April 14, 2025
The perpetrators were alleged of threatening the whistleblower and forcing them to delete photos of the KKK march.
1/3 https://t.co/9YdkyFUnc8 pic.twitter.com/wZmJNPJpju
Apa itu Ku Klux Klan?
Sekadar info, KKK bermula di Amerika Syarikat pada abad ke-19 dan terkenal sebagai kumpulan yang mempromosikan perkauman, nasionalisme kulit putih serta ideologi sayap kanan ekstrem.
Kumpulan terbabit dikatakan mengalakkan budaya keganasan dan ugutan terutamanya terhadap masyarakat Afrika-Amerika, Yahudi, imigran dan kumpulan minoriti lain.
Antara kekejaman yang dilakukan anggota KKK yang berselindung di sebalik jubah putih itu adalah menyeksa, merogol, dan membunuh mangsa termasuk anak kecil, orang tua dan wanita.
Meskipun KKK hampir lenyap, namun pergerakkan itu kembali selepas orang Afrika-Amerika mula bangkit memperjuangkan hak mereka.