fbpx
Now Reading
Tular Ah Long Baling Bom Petrol Di Rumah Peminjam, MP Kepong Gesa Polis Ambil Tindakan [Video]

Tular Ah Long Baling Bom Petrol Di Rumah Peminjam, MP Kepong Gesa Polis Ambil Tindakan [Video]

Menurut Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng individu berkenaan turut merakam tindakannya membaling bom petrol sebelum menghantar kepada mangsa untuk memintanya membayar hutang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Ah Long merupakan salah satu panggilan digunakan untuk merujuk kepada ceti haram yang sering memberi pinjaman wang secara tidak berlesen.

Namun sering kali kita disajikan dengan berita atau kisah ah long sering tampil menghantui peminjam dengan memeras ugut melalui keganasan.

Sebagai contoh terdapat kes ah long membaling cat, minyak petrol, keganasan fizikal dan bermacam-macam lagi untuk meminta peminjam membayar hutang mereka pada kadar segera.

Tular tindakan seorang individu baling bom petrol di sebuah rumah

Terbaharu, tular satu video insiden memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai ah long membaling bom petrol atau molotov cocktail ke sebuah rumah di Kepong, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng di Facebook awalnya kelihatan individu berkenaan berada di hadapan sebuah rumah sebelum menyalakan bom petrol terbabit.

Sebaik dia menyalakan bom petrol berkenaan, individu itu dengan segera membaling ke bahagian garaj kereta dan terus berlari memasuki ke dalam kenderaan.

Kelihatan kawasan garaj di bahagian luar rumah yang juga terdapat sebuah kenderaan di dalamnya yang sudah mula terbakar.

Ahli Parlimen minta polis ambil tindakan segera

Menurut Lim Lip Eng pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita yang memaklumkan rumah yang disewanya di Kepong Baru telah menjadi sasaran serangan bom petrol.

Individu yang melakukan perkara tersebut dipercayai bertindak bagi pihak ah long yang berpangkalan di Singapura.

Pelaku turut rakam video dan bagi kepada mangsa minta bayar hutang

Ujarnya apa yang lebih mengejutkan, individu terbabit turut merakamkan insiden berkenaan serta menghantar video kepada mangsa dengan amaran sekiranya wanita itu gagal membayar hutang mereka akan kembali untuk mengugutnya.

“Mangsa telah melaporkan insiden ini kepada polis. Saya menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. Ini bukan hanya ugutan tetapi jenayah serius yang membahayakan keselamatan orang awam dan menjejaskan kedaulatan undang-undang.

“Kuala Lumpur tidak sepatutnya menjadi taman permainan untuk samseng atau sindiket ceti haram. Pihak berkuasa perlus mengambil tindakan tanpa berlengah untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya dalam hantaran tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.