fbpx
Now Reading
Air Bertakung Hingga Tutup Satu Lorong, Lelaki Minta Pihak Berkuasa Bersihkan Longkang [Video]

Air Bertakung Hingga Tutup Satu Lorong, Lelaki Minta Pihak Berkuasa Bersihkan Longkang [Video]

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan turut menunjukkan dia menjumpai banyak nombor plat kenderaan yang dipercayai tertanggal ketika melalui kawasan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui jalan raya merupakan salah satu kemudahan yang sentiasa digunakan oleh masyarakat pada setiap hari.

Oleh itu, adalah penting untuk keadaan jalan sentiasa diselenggara dengan baik agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Ini kerana, keadaan jalan yang rosak boleh menyebabkan berlakunya kemalangan, kerosakan pada kenderaan dan sebagainya.

Lelaki minta pihak berkuasa ambil tindakan bersihkan longkang disebabkan air bertakung

Baru-baru ini, seorang lelaki yang tular di TikTok telah meminta pihak berkenaan untuk mengambil tindakan segera terhadap longkang di sebatang jalan dipercayai di Sungai Gadut, Senawang, Negeri Sembilan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ariff Amiruddin, awalnya kelihatan dia menunjukkan keadaan jalan raya yang bertakung sehingga menutup satu lorong.

Dalam video berkenaan, Ariff meminta pihak berkuasa untuk membersihkan longkang yang berada di jalan berkenaan kerana ia dipercayai telah menyebabkan air tidak dapat mengalir dan akhirnya bertakung.

Jumpa banyak nombor plat dan kemalangan boleh berlaku

Bukan hanya itu, Ariff turut menunjukkan dia telah menjumpai beberapa keping nombor plat kereta yang tertanggal dari kenderaan mungkin kerana melalui jalan terbabit.

Dia turut mendakwa kawasan yang mempunyai takungan air itu juga telah membuatkan beberapa pengguna jalan raya kemalangan disebabkan terjatuh.

“Takkan lah benda ni korang (pihak berkuasa) tak nampak, macam mana lah tak banjir semua. Kereta orang berapa banyak yang punah (rosak). Tolong lah, bersihkan longkang. Saya dah berapa banyak nombor plat jumpa dan ambil (dari dalam air takungan),” jelasnya dalam video itu.

Namun tidak diketahui sama ada jalan terbabit di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jabatan Kerja Raya (JKR).

Dakwa salah seorang ahli keluarga juga pernah terbabit kemalangan di lokasi sama

Di ruangan komen, Ariff mendakwa salah seorang ahli keluarganya turut terbabit kemalangan di lokasi sama disebabkan air bertakung.

Malah ramai yang turut bersetuju dengan Ariff dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dengan segera.

Tidak kurang juga ada pengguna jalan raya yang memaklumkan mereka sememangnya perlu lebih berhati-hati setiap kali melalui jalan berkenaan.

Ada juga yang berterima kasih kepada Ariff kerana berkongsi mengenai keadaan jalan terbabit agar tindakan selanjutnya boleh diambil oleh pihak berkenaan.

“Bukan apa bang, anak buah saya baru-batu ni jatuh sini sebab kan air bertakung”
“Saya selalu lalu sini, memang kena tengok betul-betul, elak.”
“Saya pun hampir-hampir hari tu. Nasib baik, cepat mengelak. Air bertakong penuh setiap kali hujan.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.