fbpx

Ramai Puji Tindakan Pilot Darat Bantu Pakcik Alami Masalah Tayar Motosikal Pancit Di Tepi Jalan [Video]

Menerusi video tersebut, pemandu lori berhenti dan membantu penunggang motosikal berkenaan dengan melakukan tampalan pada tayar yang pancit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Melakukan kebaikan bukan sahaja amalan yang mulia, bahkan ia turut dituntut dalam setiap agama.

Bukan sahaja mengejar ganjaran pahala daripada Allah SWT, malah tindakan murni ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Meskipun ia hanyalah pertolongan yang kecil, namun ia mempunyai makna yang cukup besar buat seseorang yang menerima bantuan berkenaan.

Pemandu lori bertindak pantas bantu pakcik sebaik lihat motosikal ditunggang alami masalah tayar pancit

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori bertindak pantas membantu seorang pakcik yang mengalami masalah dengan motosikal ditunggangnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mukhris Mustafa, awalnya dia yang melalui sebuah jalan terlihat penunggang motosikal berkenaan seperti mengalami masalah tayar pancit.

Dia kemudian segera memberhentikan kenderaannya sebaik melihat terdapat kawasan besar di tepi jalan untuk memarkir lori.

Buat cucuk cacing untuk bantu masalah tayar pancit

Apabila turun sahaja dari kenderaan, rupanya individu yang menunggang motosikal berkenaan sudah berusia dan perkara itu membuatkan dia mula teringatkan bapa sendiri.

“Tayar motor dia pancit. Tak tahu kenapa baru je kena, dia cakap. Mujur lah pakai tubeless boleh la cucuk cacing (salah satu cara tampalan tayar),” kata Mukhris.

Dalam video kelihatan Mukhris bertungkus-lumus membantu pakcik berkenaan dan mengeluarkan beberapa alatan untuk menyelesaikan masalah tayar motosikal itu.

Doa pakcik terbabit sampai ke destinasi dengan selamat

Sebaik selesai menukarnya, dia turut mendoakan pakcik berkenaan selamat sampai ke destinasinya.

“Alhamdulillah, kita permudahkan urusan orang. Allah permudahkan urusan kita,” katanya.

Ketika meneruskan perjalanan dan berselisih dengan pakcik terbabit, kelihatan penunggang motosikal berkenaan menunjukkan simbol tangan ‘Thumb up’ beberapa kali kepadanya.

Ramai puji tindakan mulia pemandu lori bantu pakcik alami masalah tayar pancit

Melihat di ruangan komen ramai yang memuji sikap terpuji pilot darat berkenaan dan mendoakan rezekinya sentiasa dimurahkan kerana telah membantu penunggang motosikal terbabit.

Malah ada yang menyifatkan Mukhris mungkin mempunyai rasa yang tenang sebaik selesai membantu pakcik berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berasa sebak sebaik melihat pakcik berkenaan mengangkat tangannya sebagai tanda terima kasih kepada pemandu lori itu.

“Lepas abang tolong pakcik ni mesti sepanjang perjalanan abang rasa seronok rasa tenang kan. Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan abang ya”
“Sebenarnya dekat dunia ni ada ramai je orang baik-baik. Tetapi kalau kamu tak pernah jumpa, kamu jadilah salah satunya dan kamu adalah orangnya bang”
“Cuba bayangkan (orang) abang tolong tu ayah-ayah kita”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.