
Berdasarkan video terbabit, kelihatan rumah-rumah kubur tersebut tidak dilengkapi dengan sebarang pintu masuk dan tingkap.
Tanah perkuburan merupakan sebuah kawasan yang digunakan untuk menanam jasad manusia yang telah meninggal dunia.
Selain itu, kubur juga dijadikan tempat buat ahli keluarga si mati datang melawat, mengirimkan doa serta melepaskan rindu kepada insan yang telah tiada itu.
Umum mengetahui bentuk sebuah kubur kebiasaanya petak atau bujur dengan ditutupi timbunan tanah dan tiang batu atau batu nisan sebagai penanda bahagian kepala.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan sebuah kawasan tanah perkuburan di negara Indonesia ini apabila ia tidak langsung kelihatan seperti sebuah makam.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @badar1015, seorang lelaki menunjukkan tempat tersebut tidak ubah seperti sebuah kawasan perumahan mewah yang dipenuhi dengan rumah-rumah pelbagai reka bentuk.
Siapa sangka, kawasan yang dianggap seperti taman perumahan untuk golongan elit itu sebenarnya kubur bagi penganut agama Kristian yang telah meninggal dunia.
Berdasarkan video terbabit, kelihatan rumah-rumah kubur tersebut tidak dilengkapi dengan sebarang pintu masuk dan tingkap.
Uniknya, ada sebahagian ‘rumah’ dilengkapi dengan pagar dikelilingnya dan lantai yang diperbuat daripada batu marmar.
“Kubur seperti rumah, seperti taman perumahan. Rumahnya mewah (cuma) tiada pintu. Ini bukan rumah tapi kubur,” kata lelaki itu.
Difahamkan, kawasan tanah perkuburan itu terletak di Palopo, Selatan Sulawesi, Indonesia.
@badar1015 Komplek rumah ❌ kuburan elit ✅ #palopo #kuburan ♬ suara asli - Yurika naura
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video pendedahan lelaki terbabit mengenai kawasan perkuburan itu.
Kebanyakan netizen turut tidak menyangka bahawa kawasan tersebut adalah tanah perkuburan dan bukannya taman perumahan seperti apa yang dilihat.