fbpx
Now Reading
Jom Kenali Personaliti Korang Daripada Tulisan Tangan Seseorang!

Jom Kenali Personaliti Korang Daripada Tulisan Tangan Seseorang!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adakah korang seorang peramah, pemalu atau kedua-duanya? Mungkin juga korang yang sombong, atau mungkin juga korang seorang yang mempunyai kecenderungan untuk selalu berbohong?

Kesemua ciri-ciri itu tadi mungkin boleh dikesan daripada cara penulisan tangan korang.

Menurut kajian dari National Pen Company di Amerika Syarikat, tulisan tangan anda boleh memberikan petunjuk tentang personaliti anda; berdasarkan bentuk, ruang, saiz dan juga tandatangan anda pada kertas.

Jom kita lihat personaliti korang daripada ciri-ciri berikut:

1. Saiz

1

? Saiz tulisan yang kecil: Pemalu, rajin, menumpukan perhatian, dan teliti.

? Saiz tulisan sederhana: Mudah menyesuaikan diri.

? Saiz tulisan besar: Sukakan perhatian. Yakin.

 

2. Jarak antara ayat

2

? Jarak besar: Sukakan kebebasan. Tak suka berada dalam keadaan yang sesak.

? Jarak kecil: Jenis tak boleh duduk seorang diri. Kena ada geng baru boleh hidup.

 

3. Gelungan dalam huruf ‘L’

3

? Gelung ‘L’ yang sempit: Suka menyekat kemampuan diri.Tak percaya diri sendiri.

? Gelung ‘L’ yang luas: Seorang yang rileks dan spontan.

? Gelung ‘e’ yang sempit: Mempunyai pemikiran yang sempit dan skeptical terhadap orang lain. Suka menilai orang lain dengan pendapat sendiri.

? Gelung ‘e’ yang luas: Seorang yang berfikiran terbuka. Suka mencuba sesuatu yang baru.

 

4. Titik pada huruf ‘i’

4

? Titik yang amat tinggi dari i: Mempunyai imaginasi tinggi.

? Titik yang bergaris : Seorang yang tidak sabar, dan tidak belajar dari kesilapan.

? Titik berbentuk bulat: Berwawasan, kadang kala bersikap keanak-anakan.

? Titik yang tepat di atas i: Seorang yang terperinci, teratur.

? Titik disebelah kiri i: Suka menangguh-nangguhkan kerja.

 

5. Kecondongan tulisan

5

? Condong ke kanan: Seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru

? Condong ke kiri: Seorang yang suka kerja dibelakang tabir tanpa diketahui umum.

? Tidak condong: Suka berfikiran logik.

 

Disebabkan ciri-ciri diatas lah, ada company yang request calon nya untuk menulis esei pendek, bertujuan bagi menilai personaliti calon tersebut sebelum diserap masuk kerja.

Ciri-ciri korang macam mana?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.