fbpx
Now Reading
Anda Sedang Amalkan Diet Tanpa Nasi? Cuba “Nasi Goreng” Style Cauliflower Ini !
cauliflower rice

Anda Sedang Amalkan Diet Tanpa Nasi? Cuba “Nasi Goreng” Style Cauliflower Ini !

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sumber Youtube

Tak makan nasi? Sedang diet? Ataupun anda ingin cuba sesuatu yang baru? haaa bagi mereka yang tengah diet atau sedang mengamalkan diet yang sihat, satu menu yang serupa seperti nasi goreng tetapi sebenarnya merupakan sayur cauliflower. Mudah simple dan yang pasti anda boleh cuba buat dekat rumah. Menu asas yang sama dengan nasi goreng cuma gantikan nasi tu dengan sayur Cauliflower ni je. Jom kita usha menu nasi goreng style Cauliflower ini ! siap ada video lagi untuk korang semua. Amalkan gaya hidup yang sihat dan selamat mencuba ya!

cauliflower rice

 

Bahan-bahan :

1/3 cauliflower (hancurkan seperti nasi)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2/3 biji lada jarum
Sayur kangkung/sawi/baby sayur/brokoli
2 biji telur basuh
Ikan Bilis atau ayam
Lada hitam original
1/2 tsp garam
Minyak

Cara Memasak :

1. Basuh dan hancurkan cauliflower seperti berbentuk nasi dan panaskan kuali.
2. Masukkan minyak. Tumis bawang putih,bawang merah,lada jarum hingga naik bau.
3. Masukkan ikan, bilis dan ayam, goreng cuma separuh masak sahaja.
Tabur dan tambahkan lada hitam dan juga garam secukup rasa.
4. Masukkan telur. Gaul-gaul hingga telur menjadi scrambled.
Jangan terlalu kering. Agak-agak dah nak kering, terus masukkan cauliflower.
Biarkan seketika hingga cauliflower menjadi sedikit lembut.
5. Masukkan sayur dan tambah lada jarum kalau nak lagi pedas.
6. Rasa dan boleh terus hidang. Tadaaa ! maka, siaplah nasi goreng style cauliflower ini! confirm sedap !

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.