fbpx
Cat Farish photo

Cat Farish Trauma Nak Kahwin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

SELEPAS kegagalan dalam perkahwinannya setahun lalu, penyanyi Cat Farish mengakui masih berasa trauma untuk mendirikan rumah tangga semula.

Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan, 43, berkata, dia mempunyai perspektif negatif dan takut hubungan yang dibina itu akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi.

“Saya memang ada perasaan nak berkahwin semula tapi saya takut. Dalam kepala saya mula fikir perkahwinan tersebut sampai berapa lama sahaja akan bertahan.

“Sebab itu juga saya kini jarang menghadiri majlis perkahwinan kerana fikiran saya sentiasa negatif bila fikir tentang kahwin,” ujarnya kepada mStar Online.

Cat Farish photo
Belum sedia nak kahwin
Cat mengulas tentang perkembangan kehidupan peribadinya selepas bercerai dengan Hartiny Ramli pada April tahun lalu.

Berkongsi hidup dengan Hartiny, bekas ahli kumpulan Ruffedge itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, 11, Eva Latheefa, 8, dan Qul Iskandar, 7.

Cat yang ditanya tentang perkembangan bekas isterinya, memberitahu wanita berkenaan sudah mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Katanya, dia mendoakan kebahagian dalam kehidupan baharu yang dibina bekas isterinya itu.

Source: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.