fbpx
Now Reading
Mell (Sakura Band) Sahkan Peluk Islam
Mell Sakura Peluk Islam

Mell (Sakura Band) Sahkan Peluk Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Vokalis kumpulan Sakura Band, Mell mengesahkan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menerusi satu posting di laman Instagram, Mell atau nama sebenar Melly Matius, memuat naik foto dia menggayakan tudung berwarna merah jambu.

“Assalamualaikum semua, thank you yang wish birthday Mell. Semoga Allah S.W.T merahmati kamu #misiyakiniku,” tulisnya menerusi akaun @mellsakura.

Mell Sakura Peluk Islam
Mell (Sakura Band) mengesahkan dia telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Mell ketika dihubungi mStar Online berkata, dia mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah mendapat sokongan ibunya, Nur Batrisyah, 46.

“Alhamdulillah, ini keputusan saya untuk memilih agama Islam sebagai panduan hidup.

“Ibu juga merupakan seorang mualaf dan dia banyak memberi dorongan dan menyokong keputusan saya ini.

“Bersempena hari lahir saya yang ke 29, saya beranikan diri untuk memaklumkan mengenai status agama saya,” katanya.

Source: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.