fbpx
Now Reading
Chef Wan Tegur Nabil Dan Jihan

Chef Wan Tegur Nabil Dan Jihan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya program pertandingan Gegar Vaganza musim ke-4 kali ini lebih meriah dengan penyanyi yang bersuara lunak dan tak kurang juga gossip yang yang dikaitkan dengan kedua-dua pengacara program tersebut.

Pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse ditegur oleh juri jemputan minggu pertama iaitu Chef Wan di akaun laman sosial Instagram.

Chef Wan menasihati mereka agar tidak keterlaluan ketika mengacara dan mengusik para juri serta peserta program itu kerana mereka dilihat agak melebih-lebih.

Selain itu, dia turut menegur cara mereka bergurau dengan Dato’ Ramli M.S dan berpendapat Nabil perlu menghormati orang yang lebih berusia dan berpengalaman.

“Bila jury berbicara beri la peluang untuk kami bersuara as in my case even bukan giliran saya nak bercakap tapi Astro kata jika saya nak tegur sesuatu dari persembahan etc saya boleh bercakap,” luahnya.

“Many times i see Ibu Hetty herdik sampai kata…Kasi Ibu Omong sekarang, bisa! Not once 2 kali she insisted tau!,” tambahnya.

Oleh sebab itu, Nabil dan Jihan dikatakan terasa hati dengan teguran Chef Wan itu. Tak mahu mengeruhkan keadaan, Chef Wan turut membuat kenyataan memohon maaf kepada mereka berdua melalui akaun Instagram miliknya.

Malah, dia turut memuji Nabil dan Jihan merupakan pengacara yang bagus dan best ketika mengacarakan program.

Sebelum ini, Chef Wan pernah memberi komen mengenai suara penyanyi Aishah semasa program tersebut tetapi dia segera meminta maaf kepada penyanyi bersuara merdu itu kerana tak mahu ada salah faham di antara mereka.

Sumber: IG Chef Wan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.