
“Mungkin Mereka Cemburu” Elfira Loy
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas mengikat tali pertunangan pada bulan lepas, pelbagai reaksi diterima oleh pasangan artis ini, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi menerusi akaun laman sosial mereka.
Kebanyakannya berasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan tak kurang juga ada segelintir pihak yang secara terang-terangan menunjukkan mereka kurang senang melihat Elfira dan Sufian bahagia.

Namun, Elfira menyifatkan golongan yang kurang senang melihatnya gembira itu sebagai cemburu sehinggakan mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya.

“Apabila kami melangkah lebih dekat kepada benda yang baik, iaitu mendirikan masjid, sudah tentu semua orang mendoakan yang baik,” katanya.

Menurutnya, kini mereka terlalu sibuk bekerja dan belum sempat membuat persiapan perkahwinan yang dijadualkan pada pada tahun depan.

“Buat masa ini kami hanya melihat tempat dan memikirkan konsep. Semuanya masih di awang-awangan,” kata Sufian.
Walau apapun, semoga semuanya berjalan lancar dan diharap pasangan romantis ini bertabah dalam menghadapi dugaan bertunang.
Sumber: The Malay Mail Online