fbpx
Now Reading
Afifah Nasir Didakwa Bagi Kenyataan Tipu?

Afifah Nasir Didakwa Bagi Kenyataan Tipu?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ingatkan kisah antara kedua-dua artis ini sudah lama sepi, tapi kali ini nama mereka naik semula gara-gara gosip mengenai kenyataan daripada Afifah Nasir mengenai isteri seorang artis, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Menurut Aliff, Afifah telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tak bermusuh dengan isterinya dan bersedia untuk meminta maaf dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

“Jika benar Bella kata dia sudah okey dengan semua ini ketika kamu hubungi dia di WhatsApp, kenapa kamu tidak menunjukkan bukti itu kepada media?,” soalnya.

Sumber dari Ig Aliff Aziz

“Apa yang saya mahu katakan wanita ini (Afifah) suka membuat kenyataan yang hanya satu penipuan,” luahnya di akaun laman sosial Instagram miliknya dua hari lepas.

Malah, Afifah sepatutnya menunjukkan bukti jika benar mereka sudah berdamai seperti yang didakwa.

Tambahnya, berikutan kenyataan Afifah yang tak kisah mengenai gandingan mereka untuk tawaran berlakon selepas ini ditolak oleh Aliff kerana dia tak berhasrat untuk menerima mana-mana tawaran bersama Afifah.

Sumber dari Ig Aliff Aziz

Selain itu, para peminat Aliff Aziz turut menyokongnya dalam menjadi seorang lelaki dan suami yang baik kepada Bella Astillah.

Sebelum ini, kecoh seketika apabila Aliff dan Afifah dilihat berkaraoke bersama dan kemudian ditahan polis kerana dikatakan mencederakan isterinya di kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lepas.

 

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.