fbpx
Now Reading
Anak Terima Ijazah, Umie Aida Bangga Jadi Ibu Seawal Usia 20 Tahun

Anak Terima Ijazah, Umie Aida Bangga Jadi Ibu Seawal Usia 20 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Datin Seri Umie Aida akui berbangga dengan pencapaian anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 24,  yang menerima Ijazah Pengurusan Pengurusan di hari Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, pada Sabtu.

Umie Aida menerusi akaun instagram(IG), meluahkan rasa terharu apabila anak angkatnya itu berjaya dalam pelajaran meskipun dibesarkan oleh seorang ibu yang baru berusia 20 tahun ketika Daniel diserahkan kepadanya.

Menerusi entri tersebut Umie memberitahu, satu tanggungjawab besar menjadi ibu di usia muda.

Namun susah senang yang dilalui menjadi kisah terindah dalam hidupnya.

 

Rata-rata peminat dan pengikut IG berbangga dengan pencapaian anaknya itu dan turut mengucapkan tahniah.

Selain Daniel, Umie turut membesarkan seorang lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 23.

Umie dan suami, Datuk Seri hairuddin Abu Hassan bernikah pada  14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

Foto: Instagram Umie Aida

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.