fbpx
Now Reading
Ferhad Artis Pertama Tersingkir Gegar Vaganza

Ferhad Artis Pertama Tersingkir Gegar Vaganza

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Artis dari seberang iaitu Singapura, Ferhad merupakan artis pertama tersingkir dalam program Gegar Vaganza musim ke-4.

Pada malam konsert minggu kedua itu, dia menyanyikan lagu daripada Cakra Khan, Harus Terpisah namun mendapat markah paling rendah daripada pihak juri.

Sumber dari youtube.com

Barisan juri pada konsert minggu kedua dibarisi oleh Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap dan pelakon veteran, Datuk Jalaludin Hasan sebagai juri jemputan pada minggu tersebut.

Sumber dari umiwish.blogspot.com

“Ini bukan lagu yang mudah untuk dibawa. Tapi yang penting anda sudah berusaha menyanyikan lagu ini dengan cara anda tersendiri,” kata Hetty.

Di samping itu, antara artis yang mara untuk minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan Kristal Tia Jinbara, Aishah, Elyana, Haida, Liza Hanim, Raja Azura dan Syura.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.