fbpx
Now Reading
Nadzmi Adhwa Ditahan Polis

Nadzmi Adhwa Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jumaat lepas, seorang artis didakwa ditahan polis kerana kereta dinaiki mempunyai bahan terlarang iaitu ganja pada 1.30 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa, 25 tahun, mengaku bahawa artis yang dikatakan itu adalah dia dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya.

Sumber dari melvister.com

Mengikut keputusan ujian air kencing yang dilakukan, Nadzmi didapati positif dadah.

Menurutnya, dia terlalu mempercayai rakan baiknya hinggakan dia ditahan bersama adiknya ketika mereka bertiga berada dalam satu kereta.

“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan kurang 24 jam selepas ditahan dan yakin dirinya tak bersalah dalam hal tersebut.

Berikutan itu, dia meminta maaf atas kesalahannya itu dan tak akan membuat kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.