fbpx
Now Reading
“Ada Yang Ingat Saya Dah Muflis”

“Ada Yang Ingat Saya Dah Muflis”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disebabkan beberapa filem terbitan syarikat produk miliknya, Aifa Motion Pictures gagal di panggung wayang, Ahmad Idham dikatakan muflis.

Sumber dari nst.com.my

Pengarah, penerbit dan juga pelakon, Ahmad Idham Nadzri, 45 tahun, memberitahu syarikatnya masih beroperasi seperti biasa walaupun banyak pihak menganggap dia gagal.

Filem terbaru terbitan syarikatnya ditayangkan iaitu Pencuri Hati Mr Cinderella dan Minah Motor hanya mendapat kutipan bawah RM100,000.

Sumber dari themalaymailonline.com

Bukan sahaja beroperasi seperti biasa, Ahmad Idham turut memberitahu pejabat urusan dia akan berpindah ke lokasi yang lebih besar dari pejabat sekarang.

Malah, syarikatnya juga akan menerbitkan drama bertajuk Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib awal tahun depan. Dengar cerita drama tersebut mengisahkan tentang Jabatan Bomba.

Sumber dari mstar.com.my

Buat masa ini, dia sibuk menguruskan Aifa Skills Academy yang akan masuk fasa terbaru dengan menambah program Diploma Pendidikan Khas (Kemahiran) bakal dilancarkan pada esok hari.

Untuk pengetahuan anda, Aifa Skills Academy adalah pusat bertauliah pertama di bawah jagaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk program pendidikan khas di Malaysia.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.