fbpx
Now Reading
Kenapa Ismail Izzani Teruk Dikecam?

Kenapa Ismail Izzani Teruk Dikecam?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi remaja meningkat naik, Ismail Izzani dikatakan dikecam di laman sosial gara-gara satu gambar yang dikongsinya.

Dia dikecam kerana memuatnaik gambar bertopeng sambil memegang secawan kopi di laman sosial Instagram dan warga laman sosial mempertikaikan tindakannya itu.

Pada mulanya, dia hanya memuatnaik gambar tersebut di laman sosial Instagram, tetapi ada pihak memuatnaik gambar itu di laman sosial Twitter dan di situ la mereka mengecamnya.

“Apa sebab minum pakai mask. Acah-acah biarlah logik. Rosak generasi. Peace yaw,” ujar pemilik akaun bernama @khaeirulaiezan.

Sumber dari youtube.com

“Macam mana abang Ismail nak minum bila abang pakai mask tu,” tanya seorang perempuan bernama @hell0mariam._.

Disebabkan itu, Ismail menjelaskan di caption gambar bahawa ianya hanyalah gurauan sahaja. Rakyat Malaysia susah nak bergurau kot sekarang ni sampaikan benda kecil pun nak dipertikaikan.

“Tak tahu lah nak minum macam mana. #janganmarah #kitagurauje #sabar #demikita,” jelasnya.

Gambar tersebut mendapat 54,873 likes di laman sosial Instagram. Mungkin rakyat Malaysia kena lebih rileks dan jangan terlalu serius terhadap perkara-perkara sebegini barulah sempoi.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.