fbpx
Now Reading
Penjaga Gol Cantik Tunang Rody Kristal?

Penjaga Gol Cantik Tunang Rody Kristal?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody, 31 tahun, telah selamat mengikat tali pertunangan dengan penjaga gol futsal wanita pasukan Malaysia, Nur Izwani Azman, 30 tahun beberapa hari lepas di Kulai, Johor.

Menurut Rody, dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami walaupun baru sahaja bertunang.

Sumber dari instagram.com

“Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan lancar. Keputusan untuk bertunang sudah dirancang lama. Lagipun tidak manis jika berkawan terlalu lama, malah tempoh pertunangan juga selama enam bulan saja,” katanya.

Sumber dari instagram.com

Memandangkan mereka berdua sudah berusia 30-an, masing-masing sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan yang dijadualkan enam bulan dari sekarang. Malah, keluarga mereka juga menggalakkan supaya cepat kahwin.

Sumber dari instagram.com

Mereka berkenalan di laman sosial Instagram sejak April lepas dan mereka mengambil keputusan untuk berjumpa selepas tiga minggu berbalas mesej.

Sumber dari instagram.com

“Selepas saling mengenali, saya berasakan antara kami ada keserasian. Walaupun kami tidak mengisytiharkan bercinta, tetapi perasaan sayang dan cinta wujud secara semula jadi,” jelasnya.

Sumber dari instagram.com

Rody menceritakan bahawa dia terpikat dengan kelakuan gadis tinggi itu yang pandai menjaga hati serta mengambil hati keluarganya.

Selain itu, dia juga menyifatkan Niena sebagai seorang yang mudah mesra dan happy-go-lucky. Bertuah Rody dapat pasangan yang pandai menceriakan hatinya.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.