fbpx
Now Reading
Aiman Tino Cemas Peminat Pengsan Semasa Melihatnya

Aiman Tino Cemas Peminat Pengsan Semasa Melihatnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi remaja, Mohd Aiman Yusri atau lebih dikenali sebagai Aiman Tino, terharu apabila kunjungannya ke Indonesia bulan lepas mendapat sambutan hangat daripada para peminat.

Dalam kunjungannya ke negara jiran itu, berlaku satu insiden mencemaskan dalam satu acara di mana salah seorang peminatnya jatuh dan terus pengsan selepas melihatnya.

Beberapa minit kemudian, peminatnya berjaya sedar dan tak mengalami sebarang kecederaan. Mungkin peminat Aiman teruja kerana tak sangka dapat jumpanya secara live.

Sumber dari gempak.com

“Apa yang buat saya lebih terharu ialah peminat tersebut datang dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengan saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, ada peminat lain yang sanggup menunggu dia di sebuah stesen radio semata-mata ingin berjumpa dengannya.

Sumber dari bharian.com.my

Malah, mereka juga sanggup menaiki bas dan menempuh perjalanan yang memakan masa agak lama iaitu selama empat jam. Dahsyat betul penangan Aiman Tino di sana.

Untuk pengetahuan anda, Aiman Tino berada di sana bagi mempromosikan single Ku Rela Dibenci. Semoga Aiman terus sukses dalam karier dan berjaya menempa nama di sana.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.