Zul Ariffin “Control Macho”?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Zul Ariffin dikatakan “control macho” apabila tak melayan usikan pelakon di majlis Anugerah Skrin (ASK) 2017 yang berlangsung pada Jumaat minggu lepas.
Pada malam tersebut, dia bergandingan bersama seorang pelakon wanita yang juga heroin drama dalam cerita yang dilakonkan olehnya iaitu Titian Cinta untuk sesi penyampaian trofi.
Mendapatkan penjelasan dari Farah Nabilah mengenai situasi itu, dia juga tak pasti apa yang berlaku kerana dia hanya mengikut apa yang ditulis dalam cue card.
“Mungkin Zul malu atau mahu ‘control macho’, saya tak pasti. Tak apalah, perkara sudah berlalu,” ujarnya.
Menurutnya, dia memberitahu Zul tak datang ke sesi raptai acara itu dan dikhabarkan dia mempunyai komitmen lain.
Berikutan itu, terdapat beberapa aksi yang kelihatan awkward dan tak menjadi apabila Farah cuba membetulkan kolar baju Zul tetapi ditolak semasa giliran mereka untuk sesi penyampaian hadiah di atas pentas.
Malah, Zul juga tak mengendahkan permintaannya yang mahu Zul menyanyikan lagu kanak kanak iaitu Baby Shark Doo Doo.
Disebabkan itu, orang melihat Farah seperti melebih-lebih dan gedik di atas pentas. Zul pula kelihatan serius sepanjang giliran mereka untuk menyampaikan trofi.
Sebelum ini, drama lakonan mereka itu menjadi popular kerana gandingan serasi mereka membuatkan para penonton suka melihat mereka bersama.
Mungkin Zul tak mahu menambah gosip mengenai dirinya dengan bertindak sedemikian semasa penyampaian trofi berlangsung. Husnuzon.
Sumber: Berita Harian