fbpx
Now Reading
Dulu Mangsa Buli, Sekarang Dah Jadi Ratu Cantik

Dulu Mangsa Buli, Sekarang Dah Jadi Ratu Cantik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

screen-shot-2016-07-27-at-12-47-10-pm

Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Awani, FB Miss Selangor Earth 2016

Viral di laman sosial apabila satu kisah motivasi yang merupakan ratu cantik Miss Selangor Earth 2016 merupakan mangsa buli ketika di bangku sekolah dahulu.

Joanna Joseph  berkongsi kisah ratu cantik ini dimana Joanna dulu asalnya seorang berbadan besar dan sering kali di buli di sekolah.

screen-shot-2016-07-27-at-12-48-06-pm

Ketika berusia 19 tahun, Joanna tidak memiliki tubuh badan yang cantik seperti gadis lain dan rakan-rakan sering kali mengejek dirinya yang mempunyai berat badan berlebihan.

“Berat badan berlebihan ini kelihatan hodoh di mata mereka dan hari-hari saya dibuli oleh rakan-rakan lain”

screen-shot-2016-07-27-at-12-48-33-pm
Walaupun sering kali diejek dan dibuli, Joanna ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuk berubah dan kurus seperti gadis lain.

Joanna bekerja keras untuk menunaikan impiannya tanpa mengambil sebarang pil penurunan berat badan. Apa yang dilakukan hanya mengamalkan diet yang sihat dan bersenam.

“untuk mendapatkan apa yang diigini, banyak perkara yang kita harus korbankan”

“ saya perlu ubah diri saya, jika tidak seumur hidup saya akan berhadapan dengan hinaan itu”

Hasil kerja keras dan semangat yang tidak pernah putus, Joanna akhirnya dapat apa yang diinginkan dan perkara itu ternyata mengubah keseluruhan hidupnya. Joanna kini bergelar ratu cantik yang memiliki tubah badan langsing dan kisah yang dikongsi sangat memberi inspirasi kepada orang ramai terutama kaum wanita.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.