fbpx
Now Reading
Ini Cara Aizat Untuk Dekat Dengan Peminat

Ini Cara Aizat Untuk Dekat Dengan Peminat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan menggunakan medium laman sosial sebagai cara untuk lebih dekat dengan peminat-peminatnya.

Sumber: youtube.com

Disebabkan itu, Aizat gemar membuat vlog dan juga menggunakan laman sosial Instagram untuk merakam aktiviti yang dilakukannya.

Dengan cara itu, peminat boleh melihat perkembangan dirinya secara lebih dekat. Namun, Aizat memberitahu dia lebih suka membuat vlog kerana durasi lebih panjang daripada Instagram.

Sumber: mynewshub.cc

“Saya rasa lebih puas apabila merakamkan aktiviti dan berkongsi di blog saya. Di IG ada juga saya kongsi tetapi tidak banyak kerana aplikasi itu mengehadkan durasi rakaman video,” jelasnya.

Sumber: iluminasi.com

Menurutnya, sebelum ini dia aktif di blog dua tahun lalu tetapi berhenti seketika sebelum aktif semula. Kini dia berkongsi vlog di saluran akaun Youtube miliknya, Vlog Aizat.

“Orang sekarang lebih tertumpu pada laman sosial. Segala-galanya dihujung jari dan mereka boleh melayari laman sosial di mana sahaja pada bila-bila masa,” ujarnya yang bakal keluar single terbaru pada awal tahun depan.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.