Siapa Artis Wanita Yang Rapat Dengan Aedy Ashraf?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kemesraan yang ditonjolkan oleh seorang artis wanita bersama pelakon kacak, Aedy Ashraf membuatkan peminat mereka tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka.
Aedy Ashraf dilihat keluar beberapa kali dengan gadis cantik itu yang merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon.
Nabila Razali, 25 tahun, dikatakan sedang dilamun cinta bersama pelakon idaman wanita itu kerana memuatnaik beberapa gambar berdua yang kelihatan sangat bahagia.
“Tiada apa-apa hubungan istimewa pun, buat masa ini hanya berkawan, belum sampai tahap bercinta lagi,” jelasnya yang baru sebulan berkenalan dengan Aedy.
Ketika ditanya mengenai apakah yang membuatkan Nabila terpikat pada Aedy, dia menjawab Aedy matang, gentleman, periang dan senang diajak berbual seterusnya membuatkan dia selesa berkawan dengan Aedy.
Nabila dilihat menutup ruangan komen di beberapa gambar bersama Aedy untuk mengelakkan peminat bergaduh sesama mereka.
Kalau bercinta pun apa salahnya, dua-dua masih single dan muda lagi.
Sumber: mStar