fbpx
Now Reading
Altimet Cabar Buat Petisyen Jika Tak Suka “Amboi” Masuk AJL

Altimet Cabar Buat Petisyen Jika Tak Suka “Amboi” Masuk AJL

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Banyak cerita-cerita panas sejak keputusan finalis Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL 32) diumumkan baru-baru ini. Terbaru, seorang lelaki dikatakan tak berpuas hati lagu penyanyi rap, Altimet masuk ke final AJL pada Februari tahun depan.

Luahan tidak puas hati itu dinyatakan oleh seorang lelaki dikenali sebagai @NafisRasyad di laman sosial Twitter apabila dia mention akaun rasmi Altimet dan menyuruhnya untuk tarik diri dari anugerah tersebut.

Berikutan itu, Altimet hanya membalas dengan bersahaja agar lelaki itu membuat satu petisyen untuk membuatkan dirinya tersingkir dari AJL.

Bahkan, dia juga memberi cadangan kepada orang ramai untuk tweet menggunakan tanda pagar atau hashtag #TakNakAmboi jika tak mahu lagunya masuk ke anugerah berprestij itu.

Walau bagaimanapun, lelaki bernama Nafis Rasyad itu telah memohon maaf secara terbuka kepada Altimet di atas kata-katanya yang agak kasar sebelum ini.

Permohonan maaf itu disambut baik oleh Altimet kerana dia tak tersinggung dengan apa yang dilakukan oleh Nafis, malah dia mencadangkan cara yang betul untuk lelaki itu menghalang lagunya masuk AJL.

Walau apapun, perkara itu sudah pun selesai dan mereka telah pun berdamai. Diharap orang ramai boleh ambil pengajaran daripada situasi ini dan tahniah Altimet kerana berjaya masuk ke AJL!

Sumber: Twitter Altimet

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.