fbpx

Idris Khan Kahwin Awal Tahun Depan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Musim kahwin sudah tiba apabila ramai golongan artis akan berkahwin pada hujung tahun ini dan awal tahun depan. Pelakon kacak, Idris Khan, 29 tahun, turut tak terkecuali apabila dia memberitahu akan berkahwin pada 20 Januari tahun depan.

Sumber: Ig Sanaajle

Menurutnya, dia sepatutnya berkahwin pada hujung tahun ini tetapi mengubah fikiran selepas mempunyai banyak proses dokumentasi bakal isterinya, Sanaa Jeljalane, 26 tahun, yang perlu diselesaikan kerana dia berasal dari Maghribi.

“Saya tidak mahu kelam kabut, jalan terbaik kami tukar ke tahun depan. Ia lebih selamat,” terangnya.

Sumber: Ig Sanaajle

Sebelum ini, dia juga pernah terfikir untuk berkahwin di Maghribi tetapi selepas menerima nasihat keluarga dan memikirkan banyak perkara, dia akan melangsungkan perkahwinan di sini sahaja.

Tambahnya, persiapan perkahwinan juga sudah 70 peratus siap termasuk baju, dewan dan prosedur perkahwinan yang lain.

“Memandangkan keluarga Sanaa tidak besar, kami buat satu majlis saja. Tema pula menggabungkan dua budaya iaitu Melayu dan Maghribi,” ujarnya sambil memberitahu akan menghadiahkan sebuah rumah untuk isterinya nanti.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.