fbpx
Now Reading
“Marah Sebab Sayang”

“Marah Sebab Sayang”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Mas Idayu dan Baby Shima hangat diperkatakan berikutan video dia memarahi Shima dalam program realiti, D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia tular di negara ini dan memberitahu dia marah kerana sayangkan peserta wanita tersebut.

Sumber: mynewshub.cc

Menurutnya, dia tak berniat untuk memalukan Shima tetapi meluahkan rasa kecewa selepas melihat persembahan Shima pada malam itu.

Sumber: beautifulnara.com

Bahkan, dia turut menjelaskan bahawa dirinya seorang yang tegas apabila mendidik anak buahnya untuk menjadi seorang penyanyi yang bagus.

Sumber: beautifulnara.com

“Peminat tidak tahu, saya bersama Shima bersengkang mata sehingga jam 3 pagi sebelum konsert diadakan pada sebelah malam,” jelasnya yang mahu memberi persembahan terbaik untuk mewakili Malaysia.

Sumber: malaysiasentral.com

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, mendendangkan lagu Wulan Merindu pada konsert minggu ketiga sebelum dimarahi oleh Mas Idayu semasa segmen ulasan daripada juri.

Sumber: mynewshub.cc

Tambahnya, dia sedih kerana Shima seperti tak dapat menangkap ilmu yang telah disampaikan olehnya kerana dia yakin Shima akan berjaya kerana mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyanyi.

Di samping itu, dia memberitahu bahawa dia tak kisah apa yang dikatakan orang ramai mengenai insiden itu dan menganggap mereka tak tahu cerita sebenar.

Sumber: Berita Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.