fbpx
Now Reading
Bront Palarae Semakin Laris Di Indonesia

Bront Palarae Semakin Laris Di Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon berbakat tanah air, Bront Palarae atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39 tahun, telah “melebarkan sayap” dengan membintangi beberapa siri dan filem di Indonesia serta dikatakan semakin dikenali di sana.

Sebelum ini, Bront pernah berlakon siri HBO Halfworlds, Headshot serta filem My Stupid Boss dan filem terbarunya bakal memasuki Malaysia tiga hari lagi.

Filem terbaru yang dibintangi oleh Bront merupakan sebuah filem genre seram Pengabdi Setan arahan Joko Anwar dan telah ditayangkan di negara itu pada 28 September lepas.

Sumber: malaysianaccess.com

Bukan itu sahaja, Pengabdi Setan mendapat pencalonan paling banyak untuk Festival Filem Indonesia 2017 (FF1).

Tambahnya, dia dapat menguasai bahasa Indonesia dengan baik hasil bantuan pengarah dan kru produksi. Kini, pelakon kacak itu dipuji orang ramai dan pengarah kerana lakonannya yang mantap dan bagus.

Sumber: amazonaws.com

Walau bagaimanapun, dia tak mahu hanyut dalam pujian dan berusaha untuk memberi yang terbaik kepada semua.

Selepas Pengabdi Setan, satu lagi filem lakonan Bront iaitu Ayat-Ayat Cinta 2 terbitan Manoj Production akan ditayangkan pada Disember ini. Tak sabar nak tengok kedua-dua filem ini nanti!

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.