fbpx
Now Reading
“Jangan Cepat Seronok Dengan Apa Yang Dicapai”

“Jangan Cepat Seronok Dengan Apa Yang Dicapai”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon versatil, Nabila Huda, 33 tahun, memberi nasihat kepada pelakon-pelakon baru supaya mereka berhati-hati dengan populariti yang diterima.

Sumber: elle.my

Dia telah merasai zaman “jatuh bangun” sebagai seorang pelakon dan berharap mereka tak sia-siakan peluang yang ada.

“Bila tengok pelakon baharu yang terlalu berbangga dan menunjuk dengan populariti segera yang mereka terima, pesan saya berhati-hatilah,” katanya.

Sumber: cari.com.my

“Sekarang adalah waktu mengembangkan bakat dan karier, kutip lebih banyak pengalaman dan jangan cepat seronok dengan apa yang dicapai,” pesannya.

Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil. Pelakon sekarang lebih fikirkan populariti daripada kualiti yang mereka harus ada untuk kekal dalam industri seni.

Sumber: mediapermata.com

Di samping itu, Abil memberitahu ada juga pelakon baru yang memintanya untuk berkongsi ilmu lakonan dan mahu tahu tentang industri seni.

Abil sememangnya dikenali kerana bakatnya yang berjaya membawakan pelbagai watak sepanjang karier lakonannya dari dulu hingga sekarang.

Mungkin nanti Abil boleh buka kelas lakonan kepada pelakon baru dan mesti ramai yang tak sabar nak join.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.