fbpx
Now Reading
Kontroversi Selfie Ratu Cantik Iraq Dan Israel

Kontroversi Selfie Ratu Cantik Iraq Dan Israel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain kisah kemenangan peserta ratu cantik India memenangi pertandingan Miss World 2017, terdapat satu kisah kontroversi yang melanda peserta ratu cantik Miss Universe pula.

Biasa la, jika peserta-peserta ratu cantik dari negara berbeza berkumpul di tempat yang sama, pasti mereka akan mengambil gambar sesama mereka untuk dijadikan kenangan.

Selasa lalu, peserta ratu cantik Israel dan Iraq mengambil gambar selfie bersama dan memuatnaik di akaun laman sosial Instagram dengan status yang menunjukkan mereka mesra dengan satu sama lain.

Ratu cantik Israel, Adar Gandelsman memuatnaik gambar itu di laman sosial dengan status “Kenali dirinya, dia adalah Ratu Cantik Iraq dan dia menakjubkan”.

Manakala, ratu cantik Iraq pula memuatnaik gambar dengan status “Salam sayang dan kemanan daripada Ratu Cantik Iraq dan Ratu Cantik Israel”.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut tidak disenangi oleh rakyat negara Arab hingga menimbulkan kontroversi.

Adar dan Idan cuba untuk merapatkan jurang antara kedua negara kerana umum tahu bahawa Israel dan Iraq masih lagi bermusuhan tetapi membuatkan sesetengah warga laman sosial marah.

“Sekiranya kamu seorang Arab yang dihormati, kamu harus membenci Israel selama-lamanya. Palestin adalah kehormatan kita, orang-orang Arab,” kata seorang warga laman sosial Instagram.

“Anda tidak menghormati rakyat yang telah meninggal dunia di bawah pendudukan mereka. Anda Zionis,” tambah seorang lagi pengguna laman sosial berkenaan.

Berikutan itu, Idan telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya menyebarkan mesej harapan untuk kedua-dua negara itu berdamai dan juga meminta maaf kepada mereka yang marah dengan gambarnya itu.

Mungkin ramai yang belum bersedia untuk berdamai kerana mengenangkan apa yang telah terjadi sebelum ini.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.