
“Saya Tak ‘Overshadow’ Izara”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hanya kerana warna busana pengapitnya sama dengan pengantin, pelakon cantik Farah Nabilah, 25 tahun, dikatakan “overshadow” pengantin perempuan yang juga rakan baiknya iaitu Izara Aishah.

Menurutnya, pemilihan warna baju pengapit adalah permintaan Izara sendiri dan bukan dirinya kerana Izara mahu semua berwarna putih sama seperti pelamin dan bunga.
“Dia nak nampak cantik, semua warna sama. Malah, bukan saya seorang sahaja pakai putih. Pengapit lelaki pun sama,” jelasnya sambil menegaskan tiada istilah “overshadow” pengantin.

Jika dilihat gambar yang dimuatnaik oleh artis Kilafairy, jelas kelihatan mereka bertiga memakai baju sedondon seterusnya mengundang pelbagai andaian oleh warga laman sosial. Tak baik tau buat andaian sendiri macam tu.
Bahkan, ramai yang memberi pendapat bahawa baju dipakai oleh Farah tak sesuai untuk majlis perkahwinan. Dah memang orangnya cantik, pakai apa pun mestilah cantik.

Sebenarnya, ramai yang tak sangka Farah dan Izara sudah lama berkawan baik iaitu sejak sekolah lagi.
Sumber: mStar