fbpx
Now Reading
Shahir Menyepikan Diri?

Shahir Menyepikan Diri?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas kisah mengenai penyanyi AF ini yang dikatakan tak bayar hutang kereta, Shahir, 29 tahun, kelihatan menyepikan diri tanpa muncul di laman sosial mahu pun di kaca televisyen.

Sumber: beautifulnara.com

Setelah kisah dirinya dikaitkan dengan hutang kereta mewah sebanyak RM24,000 tular di laman sosial, dia tak mengeluarkan sebarang kenyataan dan kini para peminatnya juga tertanya-tanya di manakah dia.

Persoalan mengenai kehilangan Shahir diluahkan di akaun laman sosial Instagram miliknya, @shahirzawawi88 oleh peminat-peminatnya yang setia memberi semangat kepadanya.

Malah, gambar terakhir dimuatnaik di akaun penyanyi itu hanyalah gambar semasa program AF Megastar iaitu sebulan lalu.

“Shahir jangan hilang lagi ya. Peminat semua rindu,” pinta seorang peminat Shahir.

“Kuatkan semangat anda dan jangan cakap bukan-bukan mengenainya, berilah dia ruang dan peluang untuk selesaikan masalah. Jangan memaksa, kesian dia,” kata seorang lagi peminatnya.

Walau apapun, diharap Shahir dapat menyelesaikan masalah dihadapinya dan muncul kembali kerana ramai peminat yang merindukannya.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.