fbpx
Now Reading
Amar Baharin Dedah Wajah Anak Bulan Depan

Amar Baharin Dedah Wajah Anak Bulan Depan

Ramai yang tertunggu-tunggu dan mahu melihat wajah anak sulung pelakon terkenal, Amar Baharin dan Amyra Rosli tetapi mereka hanya menunjukkan wajah dari sisi sahaja. Tapi kenapa?

Sumber: Ig Amar Baharin

Ini kerana pasangan itu mahu memperkenalkan anak kesayangan mereka melalui sebuah program realiti yang mempunyai lapan episod bermula awal bulan depan.

Menurut Amar, dia dan Amyra sangat berbesar hati mahu berkongsi wajah anak mereka tapi mereka tidak boleh melanggar kontrak penyiaran eksklusif yang dipersetujui.

Sumber: Ig Amar Baharin

Bukan sahaja wajah, tetapi nama juga belum diumumkan kepada orang ramai. Pandai Amar simpan rahsia ye.

“Serentak dengan program ini, baru kami berkongsi kepada semua. Tidak dinafikan hampir setiap hari ramai bertanya nama dan teringin melihat wajah anak. Apa saya boleh kongsikan, nama anak kami bermula dengan A,” jelasnya.

Sumber: Ig Amar Baharin

Tetapi, mereka ada juga memuatnaik gambar bersama anak mereka yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu bagi memenuhi permintaan peminat mereka.

See Also

Okay la ada juga nampak wajah si comel A walaupun dari tepi dari tak nampak langsung kan.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.