fbpx
Now Reading
Caprice Bengang Kereta Kena Cat Kekal

Caprice Bengang Kereta Kena Cat Kekal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bayangkan jika kereta kesayangan kita dikotori dengan sesuatu yang sukar atau mustahil untuk dibersihkan, mesti kita pun akan marah bukan?

Sumber: Ig Caprice

Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice berasa marah apabila kereta jenis Dodge Challenger miliknya dipenuhi tompok cat kekal akibat kerja-kerja penyelenggaran yang dilakukan di tempat letak kereta kediamannya.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu pada keesokan harinya dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana pihak pengurusan serta kontraktor tak mahu bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Caprice terpaksa menanggung kos kerugian kira-kira RM5,000 kerana insiden itu.

“Saya memang marah tapi semua ini pasti ada hikmah. Ramai juga yang bertanya kenapa saya masih boleh bertenang kerana tompokan cat itu meliputi hampir seluruh kereta saya,” jelasnya.

“Benda sudah berlaku tetapi bersyukur juga perkara ini berlaku kepada saya, kalau jadi pada orang lain mungkin suara mereka tidak didengari,” tambahnya.

Selepas kejadian itu, pihak kontraktor dilihat memasang jaring dan penutup kereta bagi mengelakkan masalah sama berulang lagi.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.