fbpx
Now Reading
Tahniah! Fattzura Akhirnya Sudah Bertunang

Tahniah! Fattzura Akhirnya Sudah Bertunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya pelbagai spekulasi terjawab selepas tamat sidang media mengenai hubungan pelakon cantik dan kacak, Nur Fazura dan Fattah Amin yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pasangan pelakon itu mengakui mereka telah selamat bertunang secara tertutup sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.

Menurut Fattah, dia menghantar rombongan keluarga untuk merisik dan bertunang kepada Fazura pada 13 November lalu dan mereka belum bernikah seperti yang diperkatakan.

Sumber: instagram.com

“Ingin saya tegaskan, kami tidak bernikah di Mekah. Kami belum bernikah sebenarnya. Kami mahu menjalani proses dan persiapan pernikahan seperti orang biasa,” tegasnya.

Sebelum ini, pelbagai dakwaan mengenai mereka tersebar luas hinggakan ada yang berfikir mereka bernikah di Mekah. Bukan main imaginasi korang ye.

Sumber: instagram.com

Menurut mereka, antara sebab mereka mahu memberitahu berita baik ini selepas mengerjakan umrah adalah kerana mahu fokus beribadah.

Mereka tidak menetapkan tarikh pernikahan dan lokasi persandingan lagi, namun hanya memberitahu akan mengadakan dua resepsi iaitu untuk keluarga dan para peminat.

Selain itu, Fazura turut meluahkan rasa kesal kerana ada beberapa pihak yang membuat pelbagai andaian hingga mengelirukan peminat-peminat mereka.

Walau apapun, kami mengucapkan selamat kembali dan tahniah di atas pertunangan yang baru terjalin!

Sumber: Fb Astro Gempak, Astro Gempak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.