Now Reading
Elyana Takut Tiada Hari Esok

Elyana Takut Tiada Hari Esok

Umum sudah mengetahui penyakit kanser yang dihidapi Elyana sejak dia mengumumkannya malam tadi dan ramai yang terkejut kerana Elyana dilihat sebagai seorang yang periang dan nampak sihat dari segi luaran.

Sumber: hangat.com

Erneelya Elyana Emrizal, 30 tahun, memberitahu dia tak mahu tidur pada waktu malam kerana takut dia tak berkesempatan untuk melihat matahari pada hari esok.

Sumber: mynewshub.cc

Ini kerana kesan daripada penyakit kanser limfoma atau kanser kelenjar yang dihidapinya membuatkan dia berasa seperti jantung terhenti semasa sedang tidur dan kerana itu dia sanggup bersengkang mata hingga ke pagi.

Sumber: beautifulnara.com

“Sekarang ini kanser memasuki tahap empat dan saya sudah menjalani berpuluh kali rawatan kimoterapi, kali terakhir awal bulan Ramadan lalu. Malah, saya juga ada mencuba rawatan secara tradisional,” katanya.

Sumber: melvister.com

“Saya berhenti rawatan kimoterapi kerana mahu tumpukan pada persembahan Gegar Vaganza dan berasakan hanya dengan berfikiran positif membuatkan saya lupa tentang penyakit,” jelasnya.

Semoga Elyana bersemangat apabila melihat ramai yang menyokong dan mendoakannya selepas dia membuat pengakuan mengenai penyakitnya selepas tersingkir dari Konsert Gegar Vaganza. Keep fighting!

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.