fbpx
Now Reading
Che Ta Nasihat Fazura Cara Menangani Suami Muda

Che Ta Nasihat Fazura Cara Menangani Suami Muda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang masih terkejut dengan berita pernikahan pasangan pelakon popular yang berlangsung pada malam tadi di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur iaitu Fattah Amin, 27 tahun, dan Fazura, 34 tahun.

Sumber: instagram.com

Walaupun jarak umur mereka agak jauh namun mereka dilihat begitu sepadan untuk satu sama lain. Berikutan itu, Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta memberi tips bagaimana untuk menangani suami muda.

Sumber: hmetro.com.my

Che Ta, 44 tahun, yang berkahwin dengan Zain Saidin, 32 tahun, menasihati Fazura supaya bertolak ansur dengan pasangan dan reda dalam beberapa perkara.

“Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain,” jelasnya.

Sumber: mynewshub.cc

Menurutnya, memiliki pasangan yang lebih muda membuatkannya lebih banyak belajar mengenai Zain seperti cara pemikiran dan pendapat suaminya.

Namun, ia bukan masalah baginya dan menganggap ia adalah proses pembelajaran walaupun usia perkahwinan mereka telah masuk empat tahun.

“Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama. Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,” katanya.

Sumber: instagram.com

Biarlah orang nak kata apa pun kerana jodoh itu rahsia Tuhan. Usia bukan penghalang untuk kita bercinta. Kan?

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.