Kenapa Nad Zainal Tak Mahu Tegur Sharifah Sakinah?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Keakraban dua pelakon ini memang dapat dilihat daripada akaun laman sosial mereka hingga ke lakonan mereka berdua yang mantap dalam sebuah drama popular, Girlfriend Aku Dari Neraka.
Namun, baru-baru ini Nad Zainal, 27 tahun, berkata dia tidak lagi rapat dengan Sharifah Sakinah atas beberapa sebab.
Rupa-rupanya mereka sekali lagi berlakon bersama dalam cerekarama Fatonah Azali dan tak mahu mengganggu mood watak yang dibawakan kerana ia agak berat.
Mereka bersetuju untuk tidak bertegur sapa di set penggambaran cerekarama itu yang mengisahkan kehidupan penghidap autisme.
“Kami memberi komitmen penuh dan menghormati karakter masing-masing. Kalau nak bergurau, kami beralih ke set Girlfriend Aku Dari Neraka,” jelasnya.
Cerekarama tersebut akan ditayangkan pada hari Sabtu bersempena Maulidur Rasul dan barisan pelakon terdiri daripada Nad Zainal, Sharifah Sakinah, Redza Rosli serta Raja Azura.
Sumber: Berita Harian