fbpx
Now Reading
Fouziah Gous Dikecam Akibat Pakai Seluar Jeans

Fouziah Gous Dikecam Akibat Pakai Seluar Jeans

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja melahirkan anak kedua pada 9 November lalu, pelakon dan hos, Fouziah Gous, menjadi perhatian warga laman sosial apabila dia mengenakan seluar jeans semasa dalam pantang.

Fouziah dilihat memakai seluar jeans dan berbaju tshirt berwarna putih dalam gambar sambutan hari jadi anak sulungnya di laman sosial Instagram.

Ramai yang mempertikaikan tindakan pelakon cantik itu memakai seluar semasa masih dalam pantang dan akan menyebabkan dirinya menanggung kesakitan di hari tua kelak.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman berpantang di mana mereka sangat dijaga dengan rapi serta harus berpantang dengan cara yang betul.

Mungkin Fouziah pakai seluar sekejap sahaja demi menyambut sambutan hari lahir anak kesayangannya. Ibu mana sanggup melihat anaknya sedih bukan?

Sumber: IG Fouziah Gous

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.